11 Balas

Saya rasa anak sis bukan reject sis. tapi saya rasa sis mungkin masih belum kenal perangai anak sis, masa anak saya nb pun awal2 dgn sy dia kurang senang, asek nak nangis je, tp bila dgn mak saya, dia diam elok je, tenang je tidur, tu sbb saya tak kenal dia, berlarutan sehingga 2 bulan, kemudian saya balik rumah saya sendiri, saya dah susah hati sgt2 macam mana kalau baby nangis tak henti2 dgn sy, sy dah la mmg tak pandai tenangka baby. Lepas sy balik umah sebulan pertama saya dgn baby shj tanpa sesiapa (suami pegi krje) , dari situ saya start kenal perangai dia, apa dia nak, macam mana nak dodoi dia, macam mana nak tidurkan dia, macam mana nak happykan, macam mana nak atur jadual tidur dia..semua tu dalam masa sebulan lebih jugak saya belajar utk urus baby sorg2 tanpa sesiapa, cuma banyak membaca dan mencari maklumat. Harini Alhamdulillah, anak saya boleh tidur malam dan tidur siang sgt teratur, dan hanya saya yang dpt tenangkan baby dan hanya saya yg boleh tidurkan dia, bukan org lain. Semua tu kena belajar sis. Baby saya 4 bulan, 2 bulan pertama rasa fail jd ibu.. saya faham apa sis rasa

Sama situasi... 🥹🫶🏻

Baby sy baru2 ni macam ni jugak. Tidur tak lena or tidur2 ayam je dr petang sampai 2pagi. Dh terlelap tapi bila letak dia nangis. Or dodoi pun sama dah lelap dia nangis. Stress sangat. Sy try bagi susu sambil baring mengiring, peluk anak. Terus anak lena. Dah 2-3 hari buat macam tu alhamdulillah baby dh ok. Baby tukar angin kot tu

Situasi awak sangat normal sis. Hampir semua first mom pernah melaluinya sebab ini first experience kita. Awak boleh search baby witching hour, follow juga FB/IG: babylanguage, dan follow certified LC untuk ilmu breastfeeding macam LC Puan Nad Masrom di FB/IG. Be strong 💪jangan lupa dapatkan sokongan daripada suami🌹

prassn yg valid ..sy pn kdg rsss gtu jg bila dh bg dada, baby xnk dh .then nsngis mcm org pkul... tp bla suami angkat eh ok tenang lak. sy just rass baby mgntuk n maybe dh bosan dgn tgn sy kot hshshs.so tukar dgn suami..bila dgn suami dia ok n tiba2 nangis, sy angkt balik bru dia nak

Baby sy reject sy bila kat rumah mertua. kat rumah sendiri elok je dia gelak2. asyik nak ngempeng. bila kat rumah mertua, sy pegang je dia nangis. dan terus dicop sebagai tak pandai jaga anak and so onnnn.. 😌

Baby sy dah 2 bulan, start lepas maghrib mmg dia meragam je kalau dgn sy, sy dodoi pun tak jadi, tp bila abah dia dukung, dodoi, 5 minit dh lena. 🥲

awak ada fb x? boleh follow baby language. dekat sana awak boleh belajar tentang baby. cara nk handle baby

Hmm tkde kaitan makhluk halus. Cari gali ilmu lagi dgn ig babylanguage atau nyusoofficial

follow ilmu baby language.. ilmu penyusuan..

Rasanya mungkin baby overtired.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan