baby taknak dekat ibunya

hi mommies ! saya first time mom dan kini mash berpantang 25 hari . baby kena admit NICU sebab jaundice dia tinggi sampai hari keempat barulah boleh balik ke rumah. at first everything was so fine, baby pun boleh tidur nyenyak dan suka bila dekat dengan saya. tapi sudah seminggu lebih baby meragam bila dengan saya dan taknak tidur bila saya dodoikan. saya perasan baby cuma nak dekat dengan saya pada waktu siang saja, bila waktu malam dia akan gelisah dan menangis walaupun say cuba tenangkan dan tidurkan. dua hari ini pula saya perasan baby akan start meragam dengan saya bermula waktu asar. baby start taknak tidur bila saya dodoikan dan menangis nangis, tapi bila bagi dekat adik atau ibu saya baby akan diam dan tenang. semalam anak saya tidak tidur dari 4 petang sehingga 2 pagi. kalau tidur pun tidur tidur ayam saja . saya cuba tidurkan baby dengan pelbagai cara tapi baby menangis seolah olah reject saya. ibu cuba pujuk saya dengan mengatakan bau susu badan saya kuat jadi baby gelisah nak menyusu ( baby jarang direct breastfeeding sebab baby mash tak pandai latch disebabkan saya inverted nipple) . tapi makin lama makin pelik sebab sudah seminggu lebih baby akan menolak untuk dekat dengan saya pada waktu malam. ibu saya minta saya jumpa ustaz takut ada benda yang menganggu saya sehingga baby reject saya. ada tak ibu lain yang mengalami masalah yang sama? dan boleh bagi tips untuk atasi masalah ini? #firstbaby #pleasehelp #bantusharing

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

normal je tu