7 Balas
Kalau anak kuning teruskan bagi susu badan 1-2 jam sekalii.. Tidur bukak lampu.. Dua nii sy amalkan.. 4x check kuning kat KK, Alhamdulillah turun bnyak dan hari ke 4 dah boleh discharged dri kuning.. Org tua2 kata, jgn mkn ikan/ayam letak kunyit.. Tp mase tuu anak dah discharged, baru tau xboleh mkn berkunyit.. 😅 Alhamdulillah kuning anak still turun.. Bab susu pulak, yes awal2 susu kita tak bnyak.. Bila 2/3jam skali pum atau bgi anak menyusu, auto susu akan jadi makin bnyak.. Sbb kena ada rangsangan.. Kalau kita terus stop bagi anak susu / pump, susu senang drop.. Anak sy masuk nicu, sy still pump jgk walaupun kluar setitik dua nak hntarkan dekat anak.. Stress jgk awal2 sbb kluar setitik dua jee.. Tp mlut xhenti2 mintk bgi ada susu, niat nak bgi dekat anak... Hari ke5 anak boleh discharged dri wad nicu, Alhamdulillah susu dah ada smpai breast bengkak berdenyut2..
sy pun anak kuning jugak.. kalau bole jngan stop breastfeed.. sblom bagi formula tu awak breastfeed dulu lepas tu tambah dengan formula.. kena kerap kejutkan anak bangun menyusu.. sejam sekali pun tak apa.. atau boleh selang2.. breastfeed dulu lepas sejam bagi formula lepas sejam lagi breastfeed semula.. boleh breastfeed lagi sis.. kena banyak bonding dengan anak.. buat aktiviti skin to skin.. letak anak atas dada ibu.. buka baju dia n baju ibu.. kalau dia refuse breast.. sis boleh bagi formula dulu separuh lepas dia dah mamai cmtu cuba bagi breast.. InsyaAllah lama2 dia akan nak.. masa anak kuning better stop dulu makan lada hitam halia semua tu.. konsep jaundis ni kena galakkan anak banyak membuang sama ada berak atau kencing.. dari situ kuning dia keluar.. semoga bermanfaat sharing sy utk awak..
perkara utama kita kena kawal emosi kita takut nanti meroyan..dan masa yg sama kena rehat secukupnya..bby kuning perkara yg biasa utk bby baru lahir..sy mandikan bby sy dengan air rebusan daun belimbing buluh dan sehari 2x sy mandi kan pagi dan petang..bagi minum susu sekerap yg mungkin dan ibu pun kena ambil makanan secukupnya takut nanti susu ibu tak meriah dan kurang khasiat dalam susu ibu..utk penambahan susu sy makan kurma,habbatusauda suam dan minyak zaitun..itu jer sekarang booster sy untuk tambah susu alhamdulilah susu banyak..itu bergantung kepada seseorang ikut badan ibu-ibu ye☺️☺️
1st thing yg awak kena buat ialah kawal stress awk. stress akan halang hormon prolactin utk bekerja utk hasilkan susu. utk adakan susu balik, jaga 3 benda ni 1. demand & supply 2. emotional state 3. nutrition intake tips utk adakan susu semula 1. stop fikir nak ada susu yg banyak (awal2 mmg susu sikit. lama² akan jadi semakin banyak) 2. kena kuat semangat & tekad sungguh² nk adakan susu semula 3. jaga waktu menyusu/memerah walaupun tak Keluar susu. setiap 2-3 jam wajib menyusu/perah. dari sini otak akan bagi signal yg adanya demand utk hasilkan susu
saya sedang laluinya. saya sampai hampir meroyan , stress pikir anak tak nak susu badan and nak botol je. so saya keep on pam je. at the same time saya paksa juga anak hisap puting tetek. memang dia mengamuk menjerit sampai saya hampir stress. cuma sy kena control pernafasan. bertenang setenang tenangnya. berjaya juga sikit². skrg masih sruggle juga. tp anak dah mula nak hisap puting tetek. tak bergantung botol semata. cuma susu tak berapa meriah lagi. lepas susu badan, sy kena standby juga susu botol. baru dia betul² kenyang and tidur lena
jaga jadual pump sis.. kena konsisten cntohnya 3 jam sekali.. waktu malam pun kena bangun sbb malam bnyak susu dihasilkan.. kena faham konsep demand and supply juga.. good luck buat semua..
hai sis,saya ibu kepada anak yang dah 20 hari kena minion 😅😅😅 saya tak panggil nama tu fobia,now anak saya still 12 xtrun trun dah ke spital semua,macam sis saya suggest better bagi susu badan seeloknya sebab kita nk anak kita kencing berak tu yg seeloknya..kalau nk kata stress saya hampir hampir stress sebab sedih anak kena minion tp kite kena kuat semangt jgn mengalah taw..
mcm saya bby tk ad kuning , cuma susu je pulak tk meriah now sy campur lepas bg susu badan sy akan bg fm pulak utk bg dia knyg tp mcm mana tetap bg susu badan utk dia juga sbb sy nk sgt susu makin meriah walaupun sikit2 then sy pun pam evene setiap kli pump dpt 2onz je
Anonymous