Sabun basuh baju baby

Hi mommies, saya baru godek godek dalam box baju lama dari baby sampai setahun anak pertama selepas 3 tahun untuk 2nd baby nanti. Bila saya tengok baju2 semua tu dah ada kesan kuning2 macam karat (kot). Nak tanya kalau basuh biasa boleh hilang tak? Mommies boleh tak suggest sabun & cara yang betul2 berkesan boleh hilangkan kotoran tu? Thanks mommies

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

vanish pink sangat berkesan . saya bru try sbb baju baby dh lama simpan dlm box hampir 4 tahun . vanish pink untuk baju putih and colour . vanish putih hanya untuk baju putih sahaja . saya xpakai air panas pon

18h ago

Sis basuh guna mesin basuh atau just rendam je dalam baldi ye?

Guna Vanish sis. It works for me

3d ago

Vanish yang warna putih tu ke atau pink tu ye? Vanish sahaja atau campur dgn pencuci baby sekali?