Jaundice baby
Hi mommies . Nak tanya, baby saya kuning dah turun 6.. sepanjang nak turunkan kuning tu saya bagi susu formula..now dah turun sikit kuning.. nak start bagi susu badan.. ada possibility tak utk kuning naik lagi ? saya darah O+

Maaf tanya, doktor yang advice untuk bagi susu formula ke? Atau awak mixed feeding? Yang sebenarnya tak kira la blood group apa pun, jaundice tu berkait dengan fungsi hati baby. Baby yang baru lahir organ hati masih belum matang untuk singkirkan bilirubin tu dengan sendiri. So cara nak bantu baby ialah dengan susukan baby setiap 1-2 jam. Kalau takde masalah dalam penyusuan badan, tak perlu campur dengan susu formula. Melainkan doktor sendiri yang advice untuk topup susu formula. Kalau nak bercakap pasal blood group yang mempengaruhi bilirubin level anak, bukan tengok blood group ibu je. Kena tengok blood group anak juga. Kalau blood group anak dan ibu sama, chances untuk prolonged jaundice itu rendah. Tapi kalau blood group anak dan ibu tak sama, chances untuk prolonged jaundice tu tinggi. Nanti awak boleh search pasal newborn jaundice dalam page KKM. Info dalam page tu dah cukup lengkap dah supaya kita tak salah faham dalam newborn jaundice issue. Bila kita dapat maklumat yang betul, InshaAllah kita tak stress dan tenang.
Baca lagi