Paranoid mummy ๐Ÿฅฒ

Hi mommies, nak share sikit pengalaman sy. Sy da 8w++ preggy, masa first time detect preggy tu kandungan baru 5w cmto, ada gi klinik swasta untuk sahkan kehamilan jea sbb senang nak buka buku pink. Tapi disebabkan sy pernah gugur masa first pregnancy dlu so doctor suruh sy buat scan dari bawah tu. Masa scan tu kantung still kosong dan kecik dari usia yg sepatutnya. Doc ckp maybe sbb period sy irregular after gugur haritu, then okay laa sy rasa senang hati. Then masa kandungan sy msuk 6w sy ada kluar darah sikit dgn lendir, tapi tak berterusan laa. Just sekali tu jea masa sy buang air kecil, then sy pun ajak husband gi klinik untuk scan. Sy mmg agak paranoid sbb pena gugur dlu, sbb dulu pun waktu bleeding sy boleh delay 2 3 hari nak ke emergency sbb time tu sy takde pengalaman. Ingatkan benda biasa. After scan 6w tu pun sama juga, just nampak kantung sahaja tapi da membesar dr before. Masalahnya sy ni yg terlampau paranoid, sy risau kalau blighted ovum (nauzubillah). Sbb sy ada pcos, benda tu buat sy makin stress. Hari hari duk fikir baby sy da ada ke, sbb sy kena repeat scan 25/9 ni masetu sy da 9w++. Risau still tak nampak pape, ada ke mommies pena ada pengalaman mcm sy ni? Sy mohon doa yea dari mommies sume, doakan kandungan sy kalini berjaya. Membesar dgn sihat dan sempurna. Itu jea sy harapkan. Sy da 2minggu bedrest sbb nak kuatkan kandungan, next week start keje pun takde mood sbb kat tmpat keje sy ssh nak jupe org yg memahami keadaan sy. Sy risau sy makin stress ๐Ÿ˜ญ #firstmom

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya faham perasaan awak. Saya missed miscarriage masa pertama kali mengandung. Embrio berhenti berkembang lepas minggu keenam. Saya tunggu sampai minggu ke 10/11 macam tu. Bila dah confirm tak jadi, terpaksa DnC. Pedihnya rasa masa tu. Mengandung kali ni, saya kerap cek UPT nak pastikan 2 garis tu terang. Bila nampak terang, lega sikit hati. Masa 6 minggu saya pergi scan sebab nak cek saiz fibroid sekali. Masa tu nampak kantung je dan Dr kata saiz kantung 5 minggu. Minggu lepas dah jejak 9minggu ikut tarikh period, saya scan lagi. Janin kecil saiz 6minggu, kantung pun 6 minggu. Tapi nampak kelip2 jantung. Ingatkan nak buka buku pink dah, terpaksa hold dulu. Minggu depan saya nak scan dekat klinik lain pulak. Saya doakan baby awak sihat dan membesar dengan baik. Jangan stress sebab benda tu akan beri kesan dekat baby. Just nak share, suami saya tak ready nak anak. Itu hari saya bleeding seminggu lebih, emosi terganggu tanggung seorang diri. Suami saya tak pernah tanya macam mana keadaan saya, okay ke tak. Saya check apa semua uruskan seorang. Ada masa down juga. Tapi ibu kena kuat supaya baby kuat. Sorry terluah dekat sini. Cuba amalkan surah Al-Kauthar, masa baca doa supaya Allah suburkan kandungan, dapat berkembang dengan sihat. Doalah apa-apa yang awak nak doa. Semoga kita dua dapat bertukar status jadi ibu tahun depan.

Baca lagi
2y ago

take care juga yaa sis, semoga Allah permudahkan segalanya untuk awak ๐Ÿฅฐ kuat demi baby yea ๐Ÿ’ช