Paranoid mummy 🥲

Hi mommies, nak share sikit pengalaman sy. Sy da 8w++ preggy, masa first time detect preggy tu kandungan baru 5w cmto, ada gi klinik swasta untuk sahkan kehamilan jea sbb senang nak buka buku pink. Tapi disebabkan sy pernah gugur masa first pregnancy dlu so doctor suruh sy buat scan dari bawah tu. Masa scan tu kantung still kosong dan kecik dari usia yg sepatutnya. Doc ckp maybe sbb period sy irregular after gugur haritu, then okay laa sy rasa senang hati. Then masa kandungan sy msuk 6w sy ada kluar darah sikit dgn lendir, tapi tak berterusan laa. Just sekali tu jea masa sy buang air kecil, then sy pun ajak husband gi klinik untuk scan. Sy mmg agak paranoid sbb pena gugur dlu, sbb dulu pun waktu bleeding sy boleh delay 2 3 hari nak ke emergency sbb time tu sy takde pengalaman. Ingatkan benda biasa. After scan 6w tu pun sama juga, just nampak kantung sahaja tapi da membesar dr before. Masalahnya sy ni yg terlampau paranoid, sy risau kalau blighted ovum (nauzubillah). Sbb sy ada pcos, benda tu buat sy makin stress. Hari hari duk fikir baby sy da ada ke, sbb sy kena repeat scan 25/9 ni masetu sy da 9w++. Risau still tak nampak pape, ada ke mommies pena ada pengalaman mcm sy ni? Sy mohon doa yea dari mommies sume, doakan kandungan sy kalini berjaya. Membesar dgn sihat dan sempurna. Itu jea sy harapkan. Sy da 2minggu bedrest sbb nak kuatkan kandungan, next week start keje pun takde mood sbb kat tmpat keje sy ssh nak jupe org yg memahami keadaan sy. Sy risau sy makin stress 😭 #firstmom

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

jangan risau 🤗 insha'Allah ada rezeki kalini. cuma elakkan bersama dulu awal2 ni dan baguslah sebab banyak bedrest 🤗 5 - 6w selalunya ibu2 yang scan memang nampak kantung je . atas 8w baru nampak heartbeat dsb. kalau period tak teratur , biasanya usia ikut saiz kantung atau janin ( tak tahu waktu subur bila so memang akan ikut usia saiz time tu ). saya scan masa 8w time second pregnancy after keguguran. sebabnya saya tak nak berharap . bila dah confirm, saya jaga tapi tak terlalu excited dan tak beria macam first pregnant tu. bila dah berharap, benda tu boleh buat saya kecewa dan menjauh dari Allah kalau kehilangan kali ke dua , sebabnya masa gugur yang first tu saya asyik fikir saya ni tak layak ke dapat sikit pun kebahagiaan , asyik derita je saya dapat dari kecik. serious saya persoalkan . mujur suami dan mak saya banyak membantu sebabnya dorang tahu saya pernah direfer ke psikiatrik masa belajar dulu, masing2 risau saya jadi macam dulu sebelum kawin 🤗 jadi stress saya berkurangan atas kehilangan . untuk second pregnancy ni, saya elakkan dari stress, depressed, anxiety sebabnya benda tu akan pengaruhi yang ada dalam rahim kita . saya ada anxiety & depressed. stress level still okay tak seteruk dua tu , jadinya kalau saya boleh, Insha'Allah sis pun boleh 🤗 banyakkan berdoa, jaga makan, jaga pergerakan. kalau ada masa, bedrest je. nanti tanya doktor , saiz kandungan tu dah berapa week kalau ikutkan time scan. nanti follow yang tu ja 🤗

Baca lagi
3y ago

allahuakhbar, thank you sis sudi share experience dan mendoakan sy ❤️ semoga kandungan sis juga membesar dgn sihat yea. sy down sikit sbb PJJ dgn husband. sy cuba elak negative thinking tapi benda tu laa yg kacau fikiran sy hari hari. sy pun berharap sbbkan irregular period tu size kantung sy kecik, bukan sebab sebaliknya. mohon doakan sy yea, scan 25/9 ni nanti da boleh nmpk dan dgr heartbeat baby 🥲 silap sy juga dlu sebab over excited smpai hilang baby sy, this time mmg sy jaga bebetul. inshaa Allah sy cuba kuat mcm sis, sy cuba untuk tak berharap. semoga ada rezeki sy untuk zuriat ni