saya dah masuk 19 minggu (2nd trimester). nak tanya, pls bagi suggestions mommies
mommies makan supplement apa untuk 2nd trimester ni? saya kurang minum susu, kurang makan sayur dan buah. sebab tu saya prefer bentuk supplement je. so tolong suggest saya supplement apa yg bagus untuk baby dlm perut ni supaya cukup semuanya. saya nk pegi beli dalam masa terdekat ni. thanks in advance!

Saya amik Blackmore Gold for Pregnancy & Breastfeeding dr anak 1st smp la anak ke-3. Dh try supplement dr direct selling tp muntah blk, byk sgt pil nk telan plus tak mampu dr segi kos utk sustain setiap bulan (mahal juga sekali beli ratus2). So saya beli Blackmore waktu saya gi Australia, 1 botol ada 180 biji (harga lps convert Rm90) tahan 3bln. Saya borong terus psl kt Msia ubat Blackmore utk pregnancy ni tak jual, itu 10-11 thn dulu la. Skrg dh jual kt farmasi ard rm115 (lps discount) tp utk 120biji boleh la tahan utk 2bln. Just saiz pil tu besar nk telan. Doc pakar o&g saya ckp ni ubat “mahal”, cukup utk keperluan bdn saya psl nnt mkn ubat mcm2 lebih2 pun keluar melalui air kencing psl bdn ada had nk amik. Selebihnya bdn tak perlu. Saya thalessimia carrier so hb tak lawa so kena amik tambahan maltofer 1 biji sehari (tak byk sgt) psl saya dh buat iron tranfusion terus hb naik. Utk sustain hb je mkn pil 1 biji sehari. Kalau lebih iron dlm bdn pun tak elok boleh dpt sakit lain. Apa2 ubat tambahan saya nk amik saya consult doctor dulu, dia bg baru saya proceed. Tu pun lps tgk result darah, scan baby, faktor usia & tahap kesihatan semasa. Jgn bedal mkn apa2 ubat. Setiap org bdn tak sama keperluan ubatnya, mungkin Blackmore tu tak sesuai gn sis, mungkin ubat lain sesuai so consult doctor dulu sebelum proceed beli/elak membazir. Senarai kan jenis2 ubat/brand yg ada kt doctor utk berbincang, sekali gn tahap kandungan dlm supplement tu so senang nk compare. Tunjuk brand je tp takde senarai kandungan dlm ubat nnt susah nk buat keputusan. *maaf panjang plak saya comment
Baca lagi