Berita Kehamilan

Mommies, jom kongsi pengalaman anda beritahu suami selepas disahkan positif ujian upt!

Berita Kehamilan
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Masa tu period lewat 4 hari. Ada rasa loya loya. Tp mcm tak ambik port sgt sebab selalu sebelum period pun mmg ada rasa loya loya. Husband pergi keje hari tu, saya try guna opk stripe masa tu. Dua dua line naik pekat. Terfikir takkan ovulate lambat pulak. So decide pegi beli upt test kat farmasi. Saya beli 2 sebab takut satu lagi bermasalah. Saya beli 2 brand berbeza. Balik rumah tu test mcm biasa. Taknak letak harapan pun. Test yg 1st naik 2 line terang. Macam tak percaya buat test lagi sekali naik lagi 2 line terang. So nak surprisekan husband masa dia balik keje saya tampal dalam buku dan tulis "Hi Daddy, meet you on May 2020". Balik keje dia buka buku tu, pastu gelak gelak sambil tanya "serius ke?". Saya kata "seriuslah". Terus dia peluk dan nangis sambil bebel suruh jaga makan. Huhu.

Baca lagi
Post reply image