Berita Kehamilan
Mommies, jom kongsi pengalaman anda beritahu suami selepas disahkan positif ujian upt!


10 Julai 2019, hari bermakna buat saya yang hampir 3 tahun TTC. Saya tak datang period hampir dua bulan. Tahun lepas saya agak berisi dan berat 75kg dan menyebabkan period saya pernah tak datang sehingga 6 bulan. Dan awal tahun saya cuba amalkan diet Intermittent Fasting selama 3-4 bulan. Saya berjaya turunkan berat 10 kg. Period saya datang on time setiap bulan. Tiba-tiba period saya x datang selama dua bulan pada Jun dan Julai. Saya cek upt pada bulan Jun naik satu line. Lepas tu saya dah tak cek langsung sehingga la saya terdetik nak cek semula pada awal bulan Julai. Alhamdulilah rezeki saya dan suami tunggu selama ni Allah kabulkan. Hampir menangis saya tunjuk upt pada suami yang tengah main game. saya tak pernah tengok dia tersenyum happy macam tu. Buat yang masih TTC, jgn putus asa. Berjumpalah dengan doktor untuk ketahui masalah kita.
Baca lagi


