Sesi Tanya Pakar Bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara

Hello Mommies di TAP! Pernah tak anda alami masalah tumpah darah semasa hamil? Ataupun tumpah darah selepas bersalin? Adakah tumpah darah ni benar-benar terjadi? Apakah sebab punca tumpah darah ini berlaku? Bagaimana nak tahu perbezaan antara tumpah darah atau darah nifas? Ada ke cara untuk mengatasi masalah tumpah darah ini? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar Pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah tumpah darah dan cara mengatasinya selepas bersalin bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara Specialist Hospital 2 pada 6 Oktober 2022, hari Khamis ini. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara
30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

selamat malam doktor , saya prenant 24 minggu , bimbang saya sekarang adalah anak yang saya kandung , sebelum ni saya ambil vaksin dimana saya tak tahu pun yang saya mengandung pada usia 2 minggu dan sudah lengkap dose .. apakah baik² sahaja ..