Sesi Tanya Pakar Bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara

Hello Mommies di TAP! Pernah tak anda alami masalah tumpah darah semasa hamil? Ataupun tumpah darah selepas bersalin? Adakah tumpah darah ni benar-benar terjadi? Apakah sebab punca tumpah darah ini berlaku? Bagaimana nak tahu perbezaan antara tumpah darah atau darah nifas? Ada ke cara untuk mengatasi masalah tumpah darah ini? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar Pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah tumpah darah dan cara mengatasinya selepas bersalin bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara Specialist Hospital 2 pada 6 Oktober 2022, hari Khamis ini. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara
30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hello Doctor. Saya dah 10weeks pregnancy. Saya alami pendarahan macam period. Dah check, Alhamdulillah baby okay & sihat. macam mana nak elakkan benda tu berlaku? apa punca keluar darah? Supplement/makanan apa yang boleh menguatkan rahim Saya? Mohon penjelasan. terima kasih doctor 🙏

Hi Dr, Sy Nurul, 3 months pregnant. Sy nak tanya berkenaan endocervical polyps 1) jika kita ad polyps ni, boleh ke deliver normal later? 2) adakah polyps ni membahayakan baby? 3) boleh ke buang plopys ni di waktu hamil? 4) apa maksud benign polyps? 5) adakah pendarahan dr polyps yg trauma boleh berulang semula?

Baca lagi

slmt ptg Dr, sya bru lps bersalin ceaser dan ada tumpah darah berlaku. blh saya tahu apa pnyebab berlakunya tumpah darah? untk makluman Dr saya ada thalassemia beta, ada ini salah satu penyebab berlakunya tumpah darah? dan berapa banyak jumlah darah yg tumpah baru blh dianggap sebagai mengancam nyawa ibu?

Baca lagi

selamat petang dr, sy jlni ERPOC miscg. incmplete 2/10/2022, dktr yg bertugas telah memberitahu bahawa service sy ada sedikit luka dan di jahit sedikit, pada 3/10 petang hingga 4/10 petang hanya spoty. start pagi 5/10 darah nmpk lebih cerah dan semakin bnyk as 1/4 pada tu. adakah itu masih darah nifas?

Baca lagi

selamat pagi doktor. saya mengandung 5w+, second pregnancy, last year miscarriage 7w+, pcoser, natural pregnant without any treatment or diet, obesity. soalan saya, apa supplement sy perlu makan selain folic acid? sekarang sy consume obimin

2y ago

Sy cerita history miscarriage pd doc dan terus refer ke doc o&g terus bg ubt kuat rahim, duphaston selama seminggu.. Cuba minta nasihat doc, sesuai x awk ambil ubt kuat rahim.

hi Dato. boleh saya tanya masalah yang sebaliknya? lochia saya tak banyak selepas bersalin. lebih kurang volume biasa semasa period sahaja dan ada sedikit stain untuk beberapa minggu selepas itu. adakah ini biasa? lochia yang tak keluar akan membahayakan badan tak? thank you

TapFluencer

Hello doc . Sy tengah berpantang hari yg ke 21 , smlm sy ingat drh nifas sudah berenti keluar ttp harini ada lagi dan bau agak kuat dr sebelum ni. Boleh bagi pencerahan tak. Dan perut saya akan sakit selepas membuanh air besar . Ade kah sakit itu dtg dr rahim atau usus saya?

selamat malam doktor , saya prenant 24 minggu , bimbang saya sekarang adalah anak yang saya kandung , sebelum ni saya ambil vaksin dimana saya tak tahu pun yang saya mengandung pada usia 2 minggu dan sudah lengkap dose .. apakah baik² sahaja ..

VIP Member

Salam doktor. Saya mommy nora Ikin. Saya nk tnya ni. Apakah risiko yg menyebabkan kes tumpah darah semasa prengent dan cara utk mengatasi masalah kes tumpah masa pregnant semasa kandungan first hingga sembilan bulan doktor. Tq doktor 😊😊

selamat tengahari doc. saya ingin bertanya adakah normal sekiranya gerakan anak saya tidak consistent, ada hari saya kira cukup 10 gerakan ada hari kurang 10 gerakan. saya mengandung 28 minggu.