Sesi Tanya Pakar Bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara

Hello Mommies di TAP! Pernah tak anda alami masalah tumpah darah semasa hamil? Ataupun tumpah darah selepas bersalin? Adakah tumpah darah ni benar-benar terjadi? Apakah sebab punca tumpah darah ini berlaku? Bagaimana nak tahu perbezaan antara tumpah darah atau darah nifas? Ada ke cara untuk mengatasi masalah tumpah darah ini? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar Pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah tumpah darah dan cara mengatasinya selepas bersalin bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara Specialist Hospital 2 pada 6 Oktober 2022, hari Khamis ini. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara
30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hello Doktor. Saya cuma nak bertanya cara2 untuk mengelak daripada berlaku tumpah darah selepas bersalin. Masa first pregnancy tak tahu puncanya & cara atasi , jadi masa bersalin tu tumpah darahnya tu berlaku selepas buat minor jahitan, nurse seluk lagi sekali keluar darah yg banyak tak tahu mana punca sampai hampir pitam bila diminta saya pergi ke wad. Masa di wad 2beg darah masuk ke dalam badan Sekadar bertanya cara untuk mengurangkan pendarahan yg berlaku. Terima kasih.

Baca lagi