Sesi Tanya Pakar Bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara

Hello Mommies di TAP! Pernah tak anda alami masalah tumpah darah semasa hamil? Ataupun tumpah darah selepas bersalin? Adakah tumpah darah ni benar-benar terjadi? Apakah sebab punca tumpah darah ini berlaku? Bagaimana nak tahu perbezaan antara tumpah darah atau darah nifas? Ada ke cara untuk mengatasi masalah tumpah darah ini? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar Pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah tumpah darah dan cara mengatasinya selepas bersalin bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara Specialist Hospital 2 pada 6 Oktober 2022, hari Khamis ini. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dato' Dr Sivamohan, Consultant Obstetrician & Gynaecologist KPJ Damansara
30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hello Dr Sivamohan, 1. Apa yang perlu dilakukan jika terjadi nya tumpah darah (apabila dalam perjalanan ke hospital) 2. Apa perbezaan nifas dengan tumpah darah? Terima kasih, Dr

Baca lagi

Selamat pagi Doktor.Saya mengandung 8w ++,soalan saya adakah normal jika keputihan yang saya alami terdapat sedikit warna brown/sedikit berwarna pink pucat?

Macam mana nak hentikan breastfeeding? Saya kena mastitis dan dah demam 2 hari. Sedang makan panadol dan antibiotik sekarang. Maternity leave saya pun dah nak habis.

Hi Dr, adakah normal untuk ibu mengadung mengalami sakit pinggang bahagia belakang? apakah ubat atau suppliment yang sesuai untuk mengurangkan sakit pinggang?

VIP Member

hai doctor..sya dah 31week n uri masih dibawah... kemudian baby saya pula bila scan nampak ada double bubble dl perut dia... bolehkah sya bersalin normal?

2y ago

Hai sis, maaf klu sya komen.. Apa mksd double bubble ye? Sbb sya pun bru scan smlm kt kkia.. Doktor kata dia x nmpk perut baby.. Then, doktor tulis kt buku perkataan 'double bubble' tue..

selamat pagi doktor...skrg sy pregnant 25minggu..hb sy hnya 8-9 sahaja...adakah besar risiko untk tumpah darah semasa bersalin nanti

VIP Member

Heloo doctor,saya nak tanya,saya baru 28 minggu 2 hari..baru scan baby kata dokter baby saya sangat besar 1172 g..ada ka ia berbahaya

hi doktor saya dah 36 week tapi jika kandungan saya kecik dlm ukuran 34 week dn berat dlm 2 kg ada kah itu normal?

Siapa yang berisiko untuk mendapat tumpah darah?

hello doctor.. boleh ka hamil 14mggu cabut gigi?