Hi mommies and daddies. Saya sedang dilanda dilemma yang teramat berat. Saya baru mula kerja semua waktu anak saya umur 9 bulan sebelum tu dr awal mengandung saya tak bekerja sebab complications semasa mengandung. Tapi sekarang dah almost 6 bulan bekerja, anak saya dibawah jagaan ibu saya. Saya tak hantar nursery awal2 sebab ibu saya sangat berkeras nak jaga anak saya sendiri dan melarang saya hantar anak ke nursery. Tp skrg adik saya bg tau ibu saya dah tak larat and saya boleh lihat sendiri tapi bila saya bg tau saya nak hantar anak nursery ibu saya mula menangis sedih hati dan kerisauan. Patut kah saya hantar juga anak ke nursery mengambil risiko besar di zaman pandemic ni atau berhenti kerja besarkan anak sendiri?