Hospital bag untuk bersalin
Hi mommies, boleh tak share pengalaman apa yg perlu di bawa dalam beg untuk bersalin nanti? Berapa helai baju baby kena bawa etc. Sbb tknak bawak banyak sgat.

Setiap hospital tak sama tempatnya . Ada hospital yang misi dia bersih bersihkan anak kita then dia pakaikan pampers dari hospital dengan kain bedung dari hospital . Ada yang semua kita punya . Macam saya bersalin waktu covid dan saya pesakit covid , hospital tempat saya bersih bersihkan anak saya then dia sanitize barang barang saya baru dia pakaikan dekat anak . Pampers , baju dengan kain bedung sahaja . Macam saya pulak baby tak ada pape masalah kena duduk wad 2hari 1 malam . Baju saya bawak 3 set . Pampers saya bawak banyak sikit . Macam barang saya baju salinan saya , saya bawak 1 set jee untuk pakai balik rumah . Tuala wanita saya bawak 1pek . Seluar dalam pakai buang saya bawak banyak sikit . Jangan lupa bawak air minuman siap siap dengan biskut etc .
Baca lagi