hospital beg

Apa barang yg perlu dia bawa utk ke hospital ? Boleh tak tolong listkan. Mcm pampers bawak berapa. Baju baby bawak berapa. Sbb saya tak tahu nak packing apa ni hm

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

LIST LENGKAP KEPERLUAN SEBELUM BERSALIN List untuk baby dulu ya: 1. Pampers newborn (bawak 10 keping) – bawak lebih sikit pun takpe. Kot terduduk lama ke dekat hospital kan. Boleh guna petpet. Tapi rasanya, bertahan 2 bungkus je kot sebab , nipis. ikut baby masing masing ya. 2. Baju baby newborn (5 helai) – sama jugak. kot la dah tukar, tiba tibai baby p yak lagi. kena pulak dekat baju, kena tukar lagi. Bawak lebih pun takpa aih 3. Lampin (5 helai) –  guna lampin untuk dia lepas mandi. lampin yang lembut jee tu ha 4.  Mitten dan Botties (5 helai ) – sejuk dalam hospital tu, jangan lupa bawak ya. 5.  Topi baby (1 cukup aih) – kepala baby sangat lembut lagi, jangan lupa protect k. 6. Barut (3 helai) 7. Bedung (2 helai) –  lepas je bersalin, nurse mandikan dan balut baby guna bedung kita. Beli yang besar sikit senang nak balut baby. 8. Wet Tissue (2 peket ) – Buat lap yak dia. banyak pulak tu, so biar lah lebih sikit ya. 9. Minyak telon – guna minyak telon bornda pun boleh. Bau best. Semua barang ni set kan dalam plastic bag yang jenis zipper tu. 1 plastic bag tu ada : * 1 helai baju * 1 pampers * 1 mitten botties * 1 barut Senang. mak mak ni suka nak biar elok je pakai nya. Buatnya tak larat, minta tolong ayahnya buat.  Bila letak dalam plastic mcm ni, mudah untuk ayah, maknya pun takde lah sakit mata tengok baby dia pakai baju set yang betul. haha. okay done for baby. Untuk mommies pulak ya; List untuk mommies: 1. Kain batik (2 helai) –  utk balik rumah nnti. kita taktau lah macam mana setengah orang pakai seluar lepastu. seriau rasa lagi. 2. Sweater (1 helai) 3. Stokin tebal (2-3 pasang) 4. Tshirt atau blouse (2 helai) – senang nak direct feed baby nanti. 5. Seluar dalam (4-5 helai) – biar lebih ya untuk keselesaan. Lepas bersalin pun nnti terus kena pakai seluar dalam dgn pad 6. Pad overnight (1-2 bungkus) 7. Minyak panas – utk sapu sapu dekat kaki 8. Towel mandi (1 helai) 9. Toiletries 10. Selipar getah 11. Bengkung okay, done part barangan itu semua. lipat elok elok letak dalam beg okay. Tambahan Dokumen jgn lupa bawak Buku pink Duit deposit Kad nikah/sijil nikah Kad pengenalan ibu & bapa Bag MAKEUP (mana tau nak kelihatan cantik masa tengah nak meneran) 😊

Baca lagi
5y ago

Saya based yg ni je. Hihi sama2.