Susu FM apa yg bagus ?

Hi mommies, boleh suggest susu FM apa yg bagus, my baby fully breastfeed, sekarang dah nak masuk 4bulan, susu saya pun banyak je, tapi dah nak masuk keje yg working hour lama upto 12hours, takut tak mampu nak pump jumlah susu yg banyak utk baby 😢😢😢, boleh suggest susu FM apa yg bagus ? Thank you

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya kerja dr pukul 5pg -3ptg. sy cuba bg susu ibu sepenuhnya pd baby sy. saya guna breastpump autumz gemma beli dlm shopee. ada set sekali dengan beg dia. tp tk ingat harga. ingat harga pam je. bila masa kerja cuba cari baju besar sikit. tudung bawal besar ataupun labuhkan shawl. sbb nak sorokkan pump taknak bg nampak tejojol. mahal sikit rm269 sebelah. beli 1 pun dah cukup. tak payah beli 2. kalau ada duit lebih boleh je beli sepasang. puas hati sangat guna ni. sy rekemen sangat kt puan. sbb kita boleh cut cost utk belanja susu. cost susu sbulan paling2 3-4ratus sebulan. kalau kita pump boleh jimat banyak. pendapat saya saja. sb kerja harian sy kerja jumpa org ramai. baby sy 4bulan 2hari. Alhamdulillah masih fully susu ibu.

Baca lagi
2y ago

Lain brand lain harga. Lain anak lain kuantiti minum nye. Ade setengah baby boleh minum susu mahal je mcm enfalacA+, aptamil, or s26 and minum pulak dlm kuantiti yg byk 4/5oz and kerap pulak tu. Prbelanjaan awk untk susu ank awk mungkin 100 je syukur alhamdulillah tpi untk ank org lain ade yg smpai 3-4 ratus. Mcm ank sye perut dia boleh tolerate s26 atau susu badan aje🥲😅

VIP Member

klo sis masih nak bagi susu badan/mix fm, sis try cari breastpump yg handsfree tu. boleh sambil buat keje sis pam susu every 3h-4h. takut bengkak pulak breast tu klo xpump langsung. sy share article ni ya takde pengalaman beli susu fm. klo sil, sy tgk dia mix fm. dia bagi bby dia dumex dupro. couz sy dia bgi bby dia karihome. susu fm ni kena try & error. xsemua bby serasi. sis beli pek kecik dulu. brand apa sis nak try depends dkt bajet sis ok. https://my.theasianparent.com/susu-terbaik-untuk-bayi

Baca lagi

Tiada pengalaman, tapi susu FM memang kena try & error. Mungkin boleh cuba beli pack yang kecil dahulu, then pantau baby.

Baby saya jenis senang masuk angin, so fm saya guna frisolac comfort ar. Baby banyak kentut lepas minum susu tu

susu dumex