Berat badan naik mendadak time pregnant

Hi mommies. Ada tak sesiapa ada pengalaman berat badan naik mendadak dalam seminggu time pregnant? Minggu lepas (17/8) saya baru done anc dan berat cantik. Dr cakap sebulan boleh naik 1.5kg je. Tapi pagi ni saya timbang berat naik sampai 1.9kg dalam seminggu. Stress la saya 😭 Sebab makan portion sikit tapi kerap. Makanan manis saya tak ambil pun. Air 2L saya minum sehari. Dan saya dah start briskwalk beberapa hari ni. Lepas briskwalk lagilaaa naik. Kenapa ya? Kebetulan masa detailed scan 23/8 hari tu dr cakap baby weight naik mendadak sampai 650+g pada usia kandungan 23w2d Ada sesiapa tak mommies boleh share pengalaman macam saya

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama laa, sy pon naik mendadak sampai dekat 6kg sebulan. Sy jenis underweight, tp bila naik mendadak, nurse bising risau ada kencing manis. Terus kena minum air gula minggu lepas. Ni x dpt result lagi, risauu jee. Huhu

2mo ago

Faham sis. Saya doakan semoga result sis baik baik sahaja ya. Saya pun masa kena minum air gula kelmarin sebab berat terlebih sikit je. Syukur alhamdulillah result okay 🤲🏻 Bila tanya dr, dr risau berat naik bukan sebab kita makan banyak tapi sebab takut darah tinggi atau gdm dan dr ada pesan kalau berat asyik naik mendadak je walau minum air gula tak sangkut dr sarankan beli blood pressure monitoring system tu dan rajin check.