First Kick?
Hi mommies 2.30 pagi td ada rasa 1 gerakan kuat mcm perut kena tumbuk. First time i rasa mcm tu sampai tak boleh tidur menunggu lagi tapi takda dah. Itu ke first kick dia? Memang macam tu ke rasa dia? Excited tapi takut tersalah sebab tengah ngantuk ? i dah 17 weeks now btw ??

Salam sejahtera. Tahniah atas kehamilan anda. Tendangan atau pergerakan pertama bayi dalam rahim yang juga dipanggil “first kick” biasanya pergerakan bayi ini boleh mula dirasai sewal 16-17 minggu. Namun bagi ibu yang masih belum merasainya pada seawal tahap ini tidak perlu bimbang kerana first kick ini boleh berlaku tanpa disedari ibu. Biasanya pergerakan bayi ini akan menjadi lebih ketara dan mudah disedari apabila usia kandungan meningkat. Mengenai bagaimana rasanya first kick itu adalah sukar diterangkan, namun kebanyakan ibu mengatakan mereka berasa seperti sesuatu bergetar di dalam perut mereka. Ia adalah satu sensasi yang lembut dan tidak menyakitkan. Ia juga dikatakan dirasai seperti gas di dalam perut dan sebab inilah kebanyakan ibu tidak menyedarinya.
Baca lagi





Preggers