advice for me
Momies. Boleh tak bagi kata2 semangat sbb i rasa down bila tgk anak taknak makan. Macam2 cara dah. Halus,biasa,kasar, dessert, buah. Semua nya dah cuba. Kadang rasa gagal jadi mak. Anak baru 8 bulan. Breastfeeding.

Mummy! Saya faham perasan ni lagi lagi kita dah masak susah payah lepas tu dia tak nak makan. Lepas tu kita follow pulak orang dekat IG dengan FB, tengok anak anak diorang suka makan tapi anak kita tak makan. Berdasarkan pengalaman saya, bayi 8 bulan memang akan buat macam ni. Takpe tau! Biarkan je sebab makanan utama dia masih susu. Selepas setahun baru kita kena make sure dia makan betul betul. Saya cadangkan awak masak benda simple je. Contoh bubur ayam. Atau cuba nasi dengan telur campur carrot cincang halus. Benda simple. Test dulu minat anak. Anak kekadang suka makanan pelbagai bentuk atau warna. Kadang kadang benda paling simple dia paling suka! Anak saya masa baby dulu bubur je paling laju. Pastu ada masa tu, dia nak pasta kosong je. Cuba dan banyakkan bersabar ya
Baca lagi

