iced drinks
Minuman berais ni tak bagus ke kalau minum time pregnant tak kira la ais kosong ke tapi ice hehe sorry soalan pelik sikit

"Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu. Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat. Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini"
Baca lagi