Dalam sehari, berapa kali ibu mengandung boleh minum kopi?

Voice your Opinion
1 kali
2 kali
3 kali
Terpulang kepada diri sendiri

1485 respon

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Terpulang pada diri. macam saya, memang tak minum langsung sebab ada anemia in pregnancy dan hb selalu low. kopi boleh halang penyerapan vitamin dalam badan yg boleh menyebabkan hb tak naik2

3y ago

saya buat air limau kasturi. setiap kali saya makan zincofer dan iron tablet yang kk beri (lain orang, lain vitamin mengandung yang doktor prescribe), saya minum bersama air limau kasturi. selain tu, saya amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh bantu naikkan hb. kita boleh minum susu dan bagus minum susu masa mengandung. tapi jangan makan ubat/vitamin yang kk beri bersama susu. susu juga boleh halang penyerapan zat vitamin. jika nak minum susu,jarakkan masa sekurang kurangnya 2 jam sebelum atau selepas makan vitamin mengandung. untuk jus mama mariam pula, ikut pengalaman saya yang anemia in pregnancy, walaupun saya dah minum 3 botol jus mama mariam, langsung tak membantu naikkan hb saya. Dahla harga jus tu pun boleh tahan mahalnya. terus saya stop. Tapi kerapkan minum air limau kasturi yang bantu saya naikkan hb. Apa2 pun, depend on individu. lain badan, lain kesan dan keberkesanannya.