HB LOW (Hemoglobin Rendah)

Minta tips ibu ibu sekalian, cara nak naikkan HB dengan berkesan. Sy 25weeks pregnancy, HB 10.6 gm%. Harap ada tips dari ibu ibu yg boleh sy amalkan yg boleh naikkan HB sy sebelum next checkup. Terima kasih.

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Ni tips saya dari 1st pregnancy sampai 2nd pregnancy ... Setakat ni kandungan saya dah nak masuk 28w tak pernah hb bawah 11 .. Saya makan iberet , minum limau suam tanpa gula . Setiap malam nak makan ubat saya akan minum limau suam . Pagi sebelum pergi klinik pun sama , saya akan minum limau suam kosong .. mula mula buka buku hb saya 15 , lepastu masa kandungan 20w macam tu drop sikit sebab saya alahan tak boleh makan ubat , saya skip tapi drop pun 11.5 je . Last check minggu lepas hb saya naik balik 12.9 ..

Baca lagi
3mo ago

Sis mkn limau apa sis? Kasturi ke ?

Sya xpsti ini asbab hb sya sntiasa tinggi … spnjng mngndung smpai skrng dh 28 mnggu hb sya sllu 12 ke atas alhamdulillah🤲🏻saya sllu mkn bayam, kngkung , buah2 dan tempe time pregnant..smga sedikit sbnyk mmbntu sis☺️

saya makan ketam nipah dn daun labu kuning 1 atau 2 kali je Lps tu minum ubat obimin dlm sebulan je trus dh naik hb 9.8 Smpai 12.0

TapFluencer

iron rich diet. lps makan makan tinggi zat besi, makan buah tinggi VitC. Vit C bantu serapkan zat besi dlm darah.

boleh amalkn perahkan limau kasturi n tambah air suam tanpa gula..minum tiap hari secawan kecil..tips dari nurse kk

sy makan bayam, kerang, jambu batu, tempe, air limau kasturi sepanjang 2 minggu.. dari 10.5 naik 11.5

Saya makan jambu batu,buah delima,air delima,makan bayam ke,