30 Balas
Setiap baby mesti akan kena sebab perubahan suhu setiap kali baby lahir.. suhu dalam perut tak sama dengan suhu luar perut.. so sementara nak sesuaikan suhu tu memang akan kena cuma beza nya tahap tinggi dan rendah ja.. untuk ibu kurangkan kuning baby, sebelum baby lahir amalkan buah delima, air kelapa muda, 2 tu je sy tau.. lepas tu kalau baby dah lahir tapi kuning tetap tinggi, ibu try minum susu kambing.. pastu susukan baby.. kalau boleh setiap sejam kejutkan baby untuk minum susu.. ni berdasarkan pengalaman sy.. dari suhu kuning 200lebih.. sy kerap bagi susu badan setiap sejam so kuning baby makin kurang.. tapi ibu kena kawal makan sementara kuning anak tak turun lagi.. ibu tak boleh minum air milo, air kopi, air akar kayu, jamu2 pun tak boleh, dan tak boleh makan benda2 panas macam lada hitam dan makanan bergoreng.. kalau ibu ada ambil makanan2 yg sy bagi tau tadi, jangan terkejut kuning anak makin tinggi.. so ibu kena stop pengambilan minuman dan makanan tersebut sampai la kuning anak dah hilang.. untuk tambah susu badan boleh minum air hoclick suam dan makanan boleh ambil sayur sawi rebus dan nasi panas2..
Saya berdarah b+.. anak 1st girl kena kuning sampai admit ward 10 hari.. anak ke dua nie girl, xde kena kuning.. duduk hospital tak sampai satu hari dh boleh blk.. esoknya nurse dtg umah suh pergi klinik cek bacaan kuning.. alhamdulillah.. rendah sgt, doktor ckp tak perlu dtg klinik lg utk ambik darah baby(dlm ertikata lain, semua baby ada kuning, yg membezakan tinggi atau x bacaan kuning dlm tempoh 10 hari lepas kelahiran).. sebelum bersalin, cari jgk petua atau produk yg boleh mengurangkan kuning bayi utk ibu hamil consume.. dan bykkan berdoa. sy try vco tp xboleh telan, muntah, dan ambik beaumama masa 8bulan.. alhamdulillah.. family, kwn2 pun hairan baby xde kuning.. syukur sgt2 sbb brrpantang sendiri utk anak ke2 nie..
Mkn ape baby takde kuning?
Saya pun tak pasti apa penyebab baby kena jaundice masa lahir. Ikut pengalaman saya, anak pertama lahir elok je takde pun kena jaundice. Lahir secara normal. Berat pun cantik 3.5kg. Baby girl. Tapi second baby ni kena jaundice. Prolong jaundice jugaklah. Ada org ckp kalau masa mengandung kita selalu minum soya, pasti anak lahir kena jaundice. Tapi masa 1st baby saya hari2 minum soya sbb nak minum susu mengandung tak blh sbb perut tak terima. Anak lahir ok je takde jaundice pun. Yg 2nd pun tak blh jugak minum susu mengandung, tukar jugak minum susu soya. Baby girl jugak, berat pun cantik 3.16 tapi tu la, lahir je ada jaundice. Tak pasti jugaklah nak bagi suggestion mcm mana supaya baby lahir tak kena jaundice.
Penjagaan baby selepas bersalin sgt penting utk elak kuning. Once baby lahir, kema makesure susukan setiap 1 jam. Jgn miss utk susukan baby. If baby tido, kejut utk bagi susu. Teruskn mcm tu sehingga baby usia 14 hari. N if possible, dlm masa 14 hari tu, jgn bg suhu bdn baby naik, dlm erti kata lain, jgn bg bdn baby panas. Dari segi pemakanan ibu, the last trimester, kurangkn pengambilan lada hitam, halia & makanan² panas. Masa dlm pantang pun jgn makan,dlm tempoh 14 hari je. Lepas tu boleh teruskan pantang mcmbiasa. Sy baby 1st, prolonged jaundice, sampai nk masuk 3bulan baru jaundice makin turun. So, utk 2nd baby, itu yg sy buat n alhamdulillah, baby xde jaundice
Anak2 saya alhamdulillah semua free from jaundice, sy xde amalkan any petua or amalkan makan food2 tertentu sewaktu mwngandung. Saya dan suami jenis darah O +ve, anak2 pun semua O+ve, tru reading, if jenis darah suami isteri sama, begitu jua anak, chances nak jaundice tu kurang. Apapun, once baby dh dpt jaundice, ibu2 kerapkan bf ya, makanan spt kunyit, ladahitam, halia (makanan pemangkin panas), ibu kene elak kan dulu utk bagi baby clear jaundice dulu.
Susah nak cakap. Sy masa mengandung jaga makan,amalkn minum susu kambing seawal trimester pertama,ank lahir jaundice juga. Tinggi juga bacaan, prolong lg. Jaundice nie dh jd perkara common. Tanya doktor or nurse diorg pun xde jawapan. Tak tahu la ko sbb baby lahir awal dri due antara penyebab jaundice ke ntah la. Kawan saya lagi la makan semua dia langgar. Junk food almost every day, air berkarbonat lagi. Ank lahir elok je xde jaundice.
Semua baby after lahir memang akan ada jaundice. Cuma ada yg lama jaundicenya. Ada yg kejap. Untuk ibu yg berdarah O, baby senang kena kuning. So baby kuning dia kwrja dia tidur je takmau bangun. So solution dia kena kacau dia tidur, sampai dia nangis. Kena keep on bagi susu sejam sekali, direct or botol pun boleh. No need other food, susu kambinglah. Anggurlah. No okay :)
Jgn lah risau jaundice bukan 1 bnd yg bhaga . Sye lps bby keluar tak jaudice lagi tpi after 3 days doktor kata jaudice . Sye terus bby bf setiap 2 jam. Dia tidur pun sye kejut bgi susu alhamdulilah 2 hari je pastu dicas. Sye darah O positive ank darah B positive. Lagi 1 sye mkn buah anggur hitam . Mmg cpt turun jaundice dia
Bg mcm mna ye anggur hitam,air je ke?
Saya darah O+. Anak2 seb ni xde kuning tp doc still nk cek sbb biasanya ibu darah jenis ni anak akan kene jaundice. Tapi dsebabkan lps 7bln preggy sy akan amek kurma n susu kambing tiap hari smp bersalin alhamdulillah. Ank xkuning. Kali ni xtaulah harap2 pn xkene jaundice mcm kakak2 die nt insyaAllah.
Klau ibu darah type O biasa baby memang akan kne jaundice jgak..tp ade jgak ckp klau krap mkn bnde2 msam time preggy baby lahir memang akan kne jaundice..mcm ank2 sy semua jaundice tggi sbb sy drah type O+ n mse preggy memang sy memang kuat mkn bnde masam..
lovinglynna7