kemarahan

mcmna saya nak kawal kemarahan saya? sy tgh preggy nk masuk 10w. anak umur 2y8m,perempuan. ada kwn bgthu,bila kite preggy ke2,anak pertama akan buat prngai. sy mulanya mcm yee xyee. tp bila da kena kt btg hidung sendiri,bru sy fhm mksud kwn sy tu. Saya cuba kawal marah saya,tp sy hilang sabar sampai sy naik tgn kt anak. skrg anak mcm da lali dgn marah n pukulan sy. bila anak buat prngai n sy hilang sabar,sy cubit dia. makin kerap dia buat prngai bila sy cubit. bila mkin dia buat prngai,saya cubit skuat hati sya ? Sya cuba kawal,tp skejap jee. Ni td sy bru mrh n cubit sebb dia main susu habis 1 tilam. sy akn sedar bila sy da mrh dia. sy mngucap pjg n sy ngis lepas sy cubit anak. sy ngis2 smbil cakap,apa yg aq buat ni,dia kecik lg. masih xthu apa2 ? boleh dikatakan stiap hri sy stress n akn ada pukul dia sejak sy preggy ni. sy xpernah buat kt anak seteruk ni sblm sy preggy. n sy pjj dgn husband. dia xpernh thu keadaan sbnr sy hadap stress stiap hri dgn ank tmasuk sy pukul anak,cubit semua tu. bantu saya ibu2. ?? Saya takut dgn stress sy ni beri kesan kt kndungan sy ?

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Memang susah nak kawal kemarahan. Saya pun ada short temper yang melampau sebelum ni. Tapi apa yg saya buat, saya cerita dekat suami saya macam mana temper tu boleh datang dan memang tak dapat dikawal. Kalau datang lagi temper tu, saya katakan kat dia "ignore je apa yang saya bebel". Dulu saya pernah baling2 barang untuk lepaskan kemarahan. Sampai satu tahap.. saya berubah menjadi seorang yang sangat tenang. Alhamdulillah. Apa yang saya buat.. apa2 pun yg jadi dan menyebabkan kemarahan saya datang, saya akan bagitau pada diri sendiri "memang itu takdirnya" atau.. "syaitan datang membisik". Saya tak nak syaitan menang kerana berjaya bisik pada saya dan membuatkan saya marah. Lama2..saya berjaya atasi attitude temper saya. Sampaikan datang la apa masalah pun..saya senyum sahaja. Walaupun cerita kita berbeza tetapi awak boleh cuba juga. InshaAllah.

Baca lagi
5y ago

♥️😍