Salam.. ada ke yang mengalami gatal2 kulit semasa hamil? Asyik nak garu je 😔

Masalah kegatalan kulit semasa hamil

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Wlkmslam..ada ja sis. Saya kena kat bahagian betis ni ha. Dua2 belah. Berparut2..combo sekali dekat bahagian dada. Cakap kat doc & farmasi KK bagi dua2 aqueous cream dgn betnovate (yg ni kalau terlalu gatal n kalau perlu je sbb ada steroid😅..so far, saya xpakai lagi cream ni). Alhamdullillah, gatal tu kurang. Tapi, saya beli jugak cetaphil pro derma yg mmg utk itchy skin tu. Membantu jugak. Selain tu, saya kurangkan penggunaan aircon yg terlalu kerap sbb boleh keringkan kulit, tapi since skrg musim panas..saya rajin mandi jugak. Dah bila rajin mandi, blh keringkan kulit jugak..saya treat balik guna lotion cetaphil tu tadi sis. Alhamdullillah, so far terkawal. Sis try carik lotion atau shower gel yg melembapkan atau paling senang mnx ubat dkat KK. Insya-Allah boleh tu sis☺️

Baca lagi

sayaaaa. bermula di bibir vagina awal bulan 12. hampir 2 bulan merana. baik sikit di situ bertukar dia ketiak awal bulan 1, melecet teruk. dh nk sebulan merana. sekarang di pelipat lengan & bawah dada mula gatal². 3rd tri. masa anak 1st alhamdulillah tkde masalah ni. anak no 2, allah je tahu tahap gatal dia sampai melecet teruk (tp tak berdarah). sapu sudocream baik. tp tetap gatal 2/3 hari lepastu.

Baca lagi

sy 3rd trimester baru dapat. sebabnya kerja tempat sejuk n kering + kurang minum air kosong. bila perasan je dh start kulit kering dan gatal, cepat2 pergi farmasi sebab risau makin teruk. farmasist suggest ni. alhamdulillah.. gatal dan kulit kering tu ada tp dah makin kurang. yg penting kena guna setiap hari.

Baca lagi
Post reply image

tiap kali preggy cmfrm gatai2 kaki tgn sume. dr kata mybe sbb kulit kering dia soh pakai krim or lotion bg dia x kering. saya nie boh lah lotion ape sama ja gatai jugak smpai berdarah2 lah dok garu. lepas bersalin ajaib gatai2 hilang yee pengalaman masa anak frst.

saya siap dpt pakej jangkitan kulat, sbb gatal kat celah peha, garu masa tido x sedar, gi klinik dpt ubat sapu dan antibiotik, utk kulit kering, sy pakai lotion calamine yg utk baby tu, kdg tu pakai lotion palmers utk stretch marks yg ade cocoa butter tu.

sama Sy pun gatal² satu badan. tp sy Garu guna sisir. sisir bulat² tu beli kat eco khas utk garu kaki. 🤣 lps guna sikat ni dah tak luka2 kaki. tp sisir pun Garu ala Kadar je. klu garu guna kuku, bagi kesan kat kulit sampai gelap tgl parut 🥲

saya kat celah kangkang..gatal sampai berparut dah..sekarang tengah sapu snowwhite treatment lotion alhamdulillah dah semakin pudar..saya kena kurangkan makan makanan yg boleh buat hatal semula..macam sambal belacan sy allergy

ada sis,saya ni sampai berparut dekat bahagian kaki. paling teruk kaki kanan. makin garu makin merebak gatalnya. sampai luka luka, saya sapu minyak gamat je bagi tutup balik luka luka tu.

sama la saya pon. ni preggy yg ke2 pon sama.. kena jugak gatal2 kt betis smpai parut2. tp sy pakai lotion allano je cepat baik.gatal2 tu still ada tp parut tu berkurang la. kalau x rase mcm xrupe kaki dh. huhu

Wassalam. Ada sis. Pakej siapberkesan macam kesan terbakar melecur. Tak sure kenapa. Dr pun tak tau kenapa macam melecur rupa dia. Dua2 kaki. Teruk nau rupa. Gatal2 sampai rasa nak marah😅😅😅