Masa untuk resipi!
Bila bayi sudah berusia 8 bulan ke atas, ibu boleh buat resipi ikan untuk si manja. Kalau membeli barang dapur, ibu cuma beli sepotong ikan tenggiri pun sudah cukup tau.
Jom cuba resipi berasaskan ikan tenggiri ini.
Bahan-bahan:
Beras
Lobak merah
Ikan tenggiri
Bawang Holland
Bawang putih
Halia
Cara-cara membuat:
Masak bubur nasi kosong dengan air.
Kemudian rebus ikan tenggiri bersama lobak merah, bawang Holland, bawang putih dan halia.
Setelah masak campurkan ke dalam bubur nasi kosong.
Lenyek semua bahan dalam satu mangkuk yang sama.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba ya parents.
(gambar sebagai hiasan sahaja)