Dah google tapi masih kurang faham

Masa pantang, apa je barang basic yang betul perlu? Contoh, hanya pilis, tungku dan begnkung je. Ataupun hanya perlu rendaman faraj je atau berurut je dah okay? Sebab kalau tengok banyak sangat takut tak terpakai pula + nak bajet duit sebab suami hanya peniaga pasar malam Perlu ke makan jamu? Ada masalah tak kalau tak ambil langsung jamu? Sebab saya jenis yang takut jamujamu 😂 Maaf bertanya sini sebab saya takde tempat bertanya dan saya mungkin berpantang sendiri sebab ibu saya jenis tak ambil kisah dan dah kahwin hidup bersama pasangan baru, mak meryua pula workaholic, lagipun kurang selesa tidur sana sebab ada adik beradik ipar lelaki dan suami kakak ipar tinggal sekali + mereka semua jenis merokok dalam rumah, kesian pula baby nanti Mungkin ada ibu yang sudi share penggunaan barang pantang dan tips masa pantang sebelum ni? Terima kasih #firstbaby

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Basic pantang ialah kita nak ketenangan dan ilmu yg betul semasa pemulihan dan masa yg sama menjaga diri sendiri & mengendalikan bayi. Itu asasnya. Ilmu penyusuan, mententeramkan dan menidurkan bayi adalah kemahiran yg perlu di awal2 fasa slps bersalin , ikut perkembamgasn bayi. Ini pengalaman saya baru cari ilmu ni slps keluar wad. Stress juga. So, para ibu, selain persediaan barang keperluan ibu dan anak, persediaan ilmu ni penting juga ya. Ada banyak lagi ilmu yg perlu kita belajar supaya kita sbg ibu bapa baru tak panik mengendalikan diri dan anak. Jika tak tenang dan tiada ilmu yg betul, apa barang yg ada semua tak guna 😅. Ok, jawab soalan awak: Pilis saya guna Losyen mustajab hijau. Alhamdulillah saya tak kerap pening2 sakit kepala semasa pemulihan . Bila tak cukup tidur je saya letak losyen tu di dahi, tengkuk bagai. Tungku: saya tak ada, adik bagi pun yg prelove tak best pakai sbb nak kena iron banyak kali. Lagipun badan saya tak lenguh2 dlm pemulihan tu dan keadaan bilik memang panas, jadi sy kerap peluh walaupun kipas buka. Tungku masa berurut je dgn tukang urut. Saya bersalin czer, jd dpt merasa tungku ni pd minggu ke3 slps bersalin. Bengkung:, adik saya bagi, tp sbb czer, saya tak pakai slps bersalin. Tukang urut tlg pakaikan selepas sesi berurut, tapi serius saya tak selesa. Lgpun , badan saya dah ada shaping selepas 2 minggu bersalin. (saya menyusukan anak dgn susu sendiri, jd cepat kecut rahim, dan bonus cpt slim) Rendaman faraj: belum pernah buat sbb tengah nifas, tiada gatal dll . Akan buat slps rasa selesa bahagian czer tu dulu.. Berurut: memang saya suka. ambil urut slps 3 minggu bersalin czer. itupun saya tempah slps bersalin 😂 mujur available. Time raya pula tu. 🤭 Saya tak beli set berpantang sbb takut ada yg tak guna. Jamu tak perlu. kalau x biasa makan jamu, tak payah lah makan. Takut lagi mudarat/ effect pada bayi jika susu badan. Kita just makan secara sihat dan betul. Diet suku2 separuh, minum air suam secukupnya dll. Saya tak makan jamu sbb trauma keluar fresh blood dan buatkan haid saya lagi panjang tempohnya hingga istihadah. Selepas bersalin saya berehat di rumah mertua atas sbb permintaan suami dan saya minta suami belajar mandikan anak dgn maknya. Saya selesa berada di rumah mertua 2 minggu je slps bersalin. Selepas tu, suami dah mula kerja, saya berehat di rumah sendiri. Serius , rehat dan dlm pemulihan di rumah sendiri lg selesa dan suami lg nmpk tenang uruskan anak bersama 🥰

Baca lagi

Sy pun sama mcm sis konfius betul nak buat apa lepas bersalin. Tp yg sy akan buat, sy bli set pantang nona roguy set harmoni dlm rm130 (shopee) — pakai je apa yg disediakan lam set tu😂 Tungku rm50 (shopee) — kena google lagi bila perlu tuam Madian herba rm0.30/pcs (shopee) — bli ikut keperluan berapa hari nak mandi herba, org ckp mandi air herba Majum Pilis(kwn sy cakap utk pening kepala) Tukang urut — ni sis kena tanya siapa2 ibu berdekatan yg baru pas bersalin dorang dpt/beli kat mana Kalau sis nak bertangas tu pun takde masalah buat rendaman faraj dgn air garam himalaya dah memadai utk sembuhkan luka jahit (utk yg bukan czer) Bengkung moden utk shape balik body (shopee) Semoga dipermudahkan utk sis🥰

Baca lagi
TapFluencer

Saya cuma beli bengkung , set pantang nona roguy set harmoni add on uncang herbanika . Yg dah ada stoking saya pakai yg mana ada jaa , & tungku pinjam dekat jiran 😅 . Sis duduk dalam bilik berpantang , sediakan semua ditepi sis . Barangan baby & ibu yg mudah sis capai . Minta tolong suami andai kata perlukan apa2 yg dari dapur atau berat . InsyaaAllah dipermudahkan .

Baca lagi

nak senang mommy amek cl je. semua dorg siap kan. sekali masakan pantang dgn siap2 kan baby. yg penting pakai stokin. jgn mandi mlm. dgn berurut. bengkung tu boleh beli dkt shopee. ade jual mura2 rm50-rm70 jer. tgok size. utk jamu pulak bergantung dgn mommy. saye masa pantang gugur hari tu mkn jamu dara pojaan je. tu pon 1 box je. rse sedap² manis. elok utk panas kan bdn.

Baca lagi
2y ago

sye jenis malas nak crik sendiri benda2 mcm tu.😂 bgi sye 1st mom ni, kite perlu kn pertolongan org. nak2 lagi kalau husband jenis kje sendiri mcm sye. pegi keje pagi, kdg pagi baru balik nak siapkn rumah customer. sye pulak xtau lagi mcm mne nk jaga baby, sekurangnya bila ada cl, die dh tlg kite, tlg masak, tlg kemas rumah, tlg jaga bby. nnti bile bdn dah ok, dh kuat kite boleh buat sendiri. yg penting 2minggu lps bersalin je. lain la kalau kite anak dh 3 4 tu xde mslh, nak pantang sorg. sbb kite dh ade pengalaman.

bengkung tu penting rasanya utk dpt shape lama kita😂, time berurut nti tya kat tukang urut dia guna param pilis jenama apa, lps 3 hari berurut atau lebih dari tu pun bg sy dh cukup.. dan minyk2 urut tu boleh je beli kat kedai jamu. jamu2 pula mmg sy x galakkn.. tp nk minum pun ok tgok pd tuan bdn. yg penting mkn dn minum semasa pantang tu yg nk kena jga betul2..

Baca lagi

mcm sy prepare pilis,bengkung,air mandian herba,tungku,minyak angin..tp smua kegunaan luaran la..boleh google. cri yg basic je pon boleh.. sy xbeli pil jamu makan /minum tu..sbb mmg jenis xconsume jamu2 ni.. kalau luaran punya ok.. buat mandi ke.. lpastu brurut.. banyakkan rehat..beli ubat cairkan najis skali..

Baca lagi

sy pun pantang sndiri . sy cuma beli bengkung , stoking pantang , set pantang yg basic je cth minyak utk urut kt kaki tgn perut , ubat sembelit dgn tungku je . tu je .