Cek upt waktu petang boleh percaya ke

Masa lewat 1 ari tk nmpk double lini..tapi bila saya test lagi pada waktu petang lewat 6 ari boleh percaya mke resultnya sebab saya cek pukul 6 petang

Cek upt waktu petang boleh percaya ke
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Baca lagi
2y ago

Terima kasih awak😢❤️

saya ada bace komen yang awak kate awak dah period.. mungkin ada rezeki lain. saya baru ni period datang lambat.. hari ke-lima chek upt positif.. tibe tibe 2 minggu lepas tu spotting ..hari keduanya, makin banyak + senggugut.. so saya ingatkan period, tapi saya check upt lagi sekali masih positif.. jadi saya pergi klinik untuk scan.. saya bagitau la saya period tapi upt positif.. dye scan perut, dye cakap macam kosong..mungkin period datang lambat katenye, tapi period saya teratur.. tak pernah lambat sampai 2 minggu.. so check upt kat klinik dye, dye pun terkejut positif. dye kte kemungkinan gugur.. so pergi klinik yang boleh scan seluk ikut bawah tu ,bayar rm 150 ,dye check betul gugur.. dye kate dye akan turun sendiri sebab kecik je.. baru lagi kan ,ikutkan kandungan 7 minggu tapi dye tak menjadi.. so dye kate bukan period, dan memang sakit macam senggugut je.. sekarang dah seminggu lepas gugur dah ..lepas keluar ada satu ketul darah tapi kecik je.. lepas keluar tu, terus takde darah dah ...check upt pun dah negatif ..

Baca lagi
Post reply image

Tahniah ☺️ saya pun haritu awal awal mcm ni. Saya check tgh hari, tgh masak lunch tiberr rasa tergerak nak check sbb lewat period sehari 😂 pastu keluar line lagi samar dari sis punya. Saya check selang sehari. Makin lama makin terang. Pakai clearblue keluar 2-3 pregnant alhamdulillah. Sis boleh cuba check selang sehari, inshaAllah ada tu.

Baca lagi
2y ago

Tak apa awak. Saya faham perasan bila keluar period lepas upt ve samar tu. InshaAllah jgn stress dan fikir baik baik. Saya doakan cycle period ni cycle yg menjadi asbab awak jumpa waktu subur dan dipermudahkan semuanya utk dapat zuriat. Aamiin

technically, urine waktu pagi lebih pekat/concentrated daripada waktu2 lain. sbb tu disarankan waktu pagi. waktu2 lain boleh je cuma air kencing tu dah diluted la. walaupun begitu, kalau test waktu petang pun da nmpk samar2, high chances la positive pregnant!

2y ago

Saya da period tadi awak

TapFluencer

saya pun check petang.. tapi pastikan check 2 kali utk confirm.. pertama sy check naik line pudar, esok pl sy check terus naik double line terang.

Kdg ni evap line je. Utk lebih slamat cek selang shari klau makin pekat mngandung laa hehehe

2y ago

Semalaam saya da period da awak😢

takbleh cya..paling dipercaya lewat haid 14hari air kencing awal pagi awk

2y ago

Aah tu la🥲smlm pun da period da awak..

TapFluencer

Nmpak macam double line… semoga ada rezeki awak amin 🌸

2y ago

Ya ka, xpa dik dont giveup ok

Ulang balik esok pagi utk kepastian.

2y ago

Saya da period tadi awak🥲

TapFluencer

try buat test waktu pagi2

2y ago

Saya da period tadi