Perlukah guna rawatan traditional semasa berpantang?

Masa berpantang MIL bagi saya minum air kunyit sampai sembelit teruk sy dibuatnya. Sebelum tu sy memang sembelit, tapi lepas minum makin teruk. Then bila dah sembelit teruk tu baru la MIL sy bagitahu sebab minum air kunyit. Suami sy marah la kenapa ikut. Ermmm sy masa tu mana tahu side effect boleh sembelit. Lepas tu MIL sy asyik sebut je sy tak ada buat rawatan tradisional langsung. Minum air akar kayu la apa. Memang sy tak nak.

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

errmmm...wajib ke rawatan tradisional tu.. kalau sis tak mahu sis bertegas je kata tak mahu sebab tak selesa.. mana boleh orang paksa badan kite.. sebenarnya untuk luar dalam selepas bersalin adalah rehat secukupnye..makan makanan yg berkhasiat dan nutrition yg penuh. Badan kite memerlukan semua tu utk baik pulih sel sel and tenaga kite sis. kalau minum air kunyit boleh menyebabkan sis sembelit teruk baik sis berhenti dari memudaratkan sis. Rase saya buat rawatan tradisional atau tak bukan wajib pun sis.. pengalaman saya..kalau yg bahagian tradisional tu saya hanya mandi herba je sis dengan air suam..yg lain tu Doctor pakar pemakanan selepas bersalin saya consult dengan dia hanya di advise supaya makan bende yg penuh nutrition utk baik pulih badan tu yg Sgt penting sis..nnt baru ade energy nak jaga anak sis.. ❤️ 💙 💜

Baca lagi

Pd sy x perlu pun sis. Beegantung pd awk sebenarnya, klau awk rasa selesa guna rawatan traditional dan x memudaratkan awk, boleh je teruskan, tapi pd sy kalau dr segi pemakanan cthnya air kunyitkan, sy x amalkan pun, sbb anak sy kuning lama, jd sepanjang pantang xde minum apa2 herba pun. Sy setakat berurut shj. Jaga mkn minum & x stres masa pantang. Kalau awk x suka air kunyit MIL & memudaratkan awk, better stop, klau takut terkecik hati MIL awk, awk suruh suami awk bgtau, cakap je awk sembelit teruk lepas minum tu. Kalau MIL jenis x memaksa, insyallah dia akan faham. Dalam masa sama awk pun kena bertegas, tp x semestinya kurang ajar. 😉

Baca lagi
TapFluencer

Tak perlu pun rawatan traditional semasa berpantang. Biarlah mil tu. Minta suami tegur mak nya tu. Makan makanan cukup nutrien. Lebihkan sumber protein, vitamin C dan serat sayur untuk pemulihan dgn baik. Minum air kosong secukupnya. Slow walk dan senam kegel.

Baca lagi

Saya masa ank pertama mak saya ksi minum rebusan ubat periuk alhamdulilah okey dalaman .. saya mkn jamu dengan majun sbb anak saya x ade kuning badan pun lega je .. mak saya x kasi saya minum air kunyit sbb tkut kalah dgn badan

kalau betul nak jaga badan tak perlu minum air akar kayu, jamu dan supplement pon dear. makan mknn berkhasiat. amalkan suku suku separuh. rajin exercise cut sugar, avoid junk food, processor food.

Baca lagi

Mil saya pun suruh minum air akar kayu apa entah ada buah keras Tapi saya tak minum pun Kang jadi apa2 yg sakitnya saya 😂😂

mil suruh i minum macam macam la suruh beli ubat macam macam la. ada aku kisah? i kata no takmau. tah apa apa

sembelit cuba cari ubat di farmasi..tak perlu pun minum akar kayu. zaman skrg moden. makan kapsul jamu je

tak perlu minum itu dan ini..makan makanan yang sihat.. insyaAllah baby dan ibu akan sihat

sy tak ikut rule berpantang traditional. alhamdulillah sihat