'Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dipengerusikan Shaykh Abdallah Bin Bayyah semalam menegaskan pengambilan vaksin COVID-19 dibenarkan dalam Islam dan tidak membatalkan puasa.
Penegasan itu dibuat selepas mesyuarat yang dianjurkan secara maya mengenai fiqh puasa termasuk garis panduan dan peraturan yang ditetapkan dalam al-Quran dan al-Sunnah.'
*SUMBER : BERITA HARIAN*