Penat. Need advice

Macam mana ye nk buat biar rasa ikhlas buat kerja sebagai seorang isteri/suri rumah ni. Dengan tengah pregnant ni jd makin emo. Suami sangat² lah bertanggungjawab tp dia jenis yg susah nk menolong bt keje rumah. Hari keje ke hari cuti ke sama je. Duduk menghadap handphone 24 jam. Tengah pregnant ni penat bawak perut, nak kena masak berbuka lg. Masak sorang². Belum lagi rumah bersepah nak kena kemas menyapu sorang². Belum lg sahur dengan tk boleh tidur. Baru je terlelap dalam sejam dua dah kena bangun msk utk sahur. Takde rasa empati/ehsan nak tolong bini. Bila kita buat muka, baru nak tlg sikit². Saya malas nk tinggi suara, pernah tinggi suara sikit je terus dia masuk bilik kurung diri sampai esk petang baru nampk muka dia. Bila malam baru nk cari sy tu pun sekadar nk lepaskan bil air dia. Lepas tu tkde yang berubah pun sikap still sama. Macam mana laa nak hadap perangai dia bila anak kedua ni keluar nnti. Masa pantang anak sulung dulu pun dia tk pernah bangun malam tlg berjaga tgk anak. Yang dia tau dia kena cukup tidur kalau tk nanti kerja sakit kepala. Kalau yang kedua ni dia tk de rasa nak berubah memang sy niat nak duduk kampung je dengan mak sy. Biarlah berbulan² pun at least emosi sy terjaga. Saya tk tau dh nk tegur dia mcm mana lagi. Dh pernah tegur dulu tp dia salahkan sy balik. Penat hadap orang mcm ni. Lama² baru sy perasan dia jd mcm tu sbb dlm family dia anak² laki tk kan buat keje² rumah ni. Semua anak² perempuan yg bt. Maaf agak panjang luahan. Dh tk tau nk tegur suami sendiri macam mana. Last choice sy skrg just whatsapp je. Kalau melalui whatsapp pun dia still nk merajuk memang raya ni sy mtk nk stay kampung terus sampai bersalin, sampai anak dh besar baru fikir balik nk duduk dgn dia. #Needadvice

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Lain org lain cara kan sis... kalau saya, saya tak pernah harap pada suami utk buat kerja rumah selagi mana saya mampu, kalau tak mampu macam nak alih barang berat2 dsbgainya baru guna khidmat suami. selain tu sy mmg buat sendiri, kalau larat sy buat kalau tak larat sy but yg penting je dulu macam masak n urus anak.. yang lain sy pejam mata je. sbb klau mengharap pada suami yg tolong nnt takut tak jalan lepastu last2 bermasam muka. sy tak suka macam tu , tp sy niat apa yg saya buat supaya Allah redha dengan saya, jadikan saya isteri yg baik dan sabar. Tapi kita pun baik bertempat bukan baik sampai dipijak2 dipukul2 gitu. Maksud sy bab kerja rumah apa semua biar lah saya setelkan asalkan nafkah semua mencukupi dan dia takda menyakitkan perasaan saya. Bab pantang tu cuba bincang baik2 dgn suami, kalau dia tak mampu tolong awak dan dia redha tak salah pun kita duduk kampung lama sikit. macam saya pantang dduk kg 2 bulan tp suami dtg tgk 2-3 minggu skali.

Baca lagi

Ini yg sy amalkan tau sis sbb suami kaki game main ps5 je. Tp take time laa.. InsyaAllah lama2 menjadi. Sebelum tido sedekahkan al fatihah utk suami dan ibubapa. Al fatihah kedua sedekahkan utk diri sendiri. Kemudian selawat 1000x niat sedekah utk suami. Sis boleh buat setakat yg mampu. Pengalaman sy, suami jdi lebih berlembut, nk mntk tlg apa2 sgt mudah. Tp jgn expect lebih2, kite mntk tlg dia trus gerak. Biarkan je dulu, klau still x buat remind jer balik. Pastu time msak nasi sy selalu zikir ya wadud n ya latif. Sy pon tngh pregnant skrng. Rajin2 luah dkt suami, badan sakit sini sakit sana. Rjinkan bermanja dgn suami cth dduk2 dkt sofa, nk bngon gne tgn suami as support. Sy sllu dkt mulut duh.. Aduh.. Bukan mengeluh tp nk tunjuk dkt suami pregnancy is not easy. Lama2 dia akan fikir sndri, kesiannya dkt bini aku.. Tunjuk dkt dia yg sis sebenarnya penat, x larat. Jgn tnjuk sis kuat or okay jer sepanjang pregnancy.

Baca lagi

sy macam sis.. keadaan kita sama. penat buat semua kerja sendiri.. tp sy ada anak yg blh diharap, . alhamdulilah byk membantu.. ada org lelaki dlm rumah jgk tp hmm mmg penat nk ajak berkerjasama.. bila penat tu sy masak berbuka dgn sahur 1 lauk dn 1 sayur aje. anak dn suami mmg x faham saya . kdg sy jd pemarah pd anak². bebel setiap kali . . kesian jgk pd mereka.. buat semampu kita sis, salu ckp kt anak je, ibu ni penat. kalau sepah rumah tlg la kemas balik. bukan biar aje. bab pantang dr dlu mmg sy yg urus sendiri. ni nak anak yg ke4 pn sama jgk la.. sy kdg redha kdg ikhlas buat semua sendiri tp kdg nyampah. sebal sbb semua kena buat sendiri kan.. xpe sis, kita buat semampu yg boleh aje... kita sabar ye. 💪💪buka hp dgr byk zikir dn selawat. biar hati jd tenang... puasa kali ni kita tenang² tau. sian kt bby dn awak nti stress...

Baca lagi

susah bila anak laki tk diajar buat keje dri kecik. adik beradik saya laki pompuan smua rajin tlng parents, alhamdulillah. masih sekolah pon rajin tlng walaupun kdng ii malas juga. parents saya berniaga makanan. jdi kena la cod apa smua. and please, nnti anak awak dh blh faham ajar lh dia buat keje rumah. tlng mne yg patut. bnde ii nie sbnrnya kita kne ajar. bnde basic klau tk blh nk buat, mmng payah la nk idup nnti. mmng smua bnde nk kne harap kt orng. saya paham perasaan awak. awak kena kuat tau. saya sokong klau kata suami tknk tlng, awak duduk je rumah mak awak. emosi kita penting lgi ii tngh pantang tkut baby blues pula. saya doakan awak sentiasa kuat hadapi ujian. insyaAllah awak boleh.. sabar ye sis. meh hug 🫂🫂

Baca lagi

Faham. Betul mmg letih. Sy harap puan kuat hadapi cabaran ni, semoga anak2 puan rajin tolong puan di masa akan datang, In shaa Allah. Sy bole recommend puan kalau ada nak minta tolong suami buat apa2, panggil je suami tu baik2 minta tolong. Time happy2 nt, bgthu dia baik2 apa yg puan sedih, apa yg puan harap drpd dia. Sbb kadang2 suami ni tak tahu. Tp lepas dia da tolong, ckp terima kasih. Kalau dpt anak laki, ajar anak laki buat kje rumah, ajar dia agama Islam, bgthu yg kje ruma ni, kje suami sebenarnya. Sbb tu time pilih suami kena pilih betul2, payah dpt suami yg hingat dia xyah buat kje ruma ni

Baca lagi
19h ago

Your welcome 🤗🤗

semoga puan kuat tabah hadapi ujian ni.. semoga suami berubah.. kalau sy kat tempat puan, rasanya dh bincang utk pisah kot, takmau la sy susahkan diri gitu.. baik single je dari dh kawin tp mcm single yg penuh kesedihan. btw husband sy kat rumah semua mak dia buat.. tp kat rumah kami ok je dia dh kerja pn kat rumah masak setiap hari, baju saya basuh dia jemur..

Baca lagi

buat untuk diri sendiri je sis. kalau org tk jaga hati kita, kita jaga hati sendiri. sis penat tak payah buat, biar je.. lapar masak kat diri sendiri, dia tak ada ehsan kat kita, kita pun tk perlu nak ehsan kat sesape.