Pendapat tentang bayi kuning

Macam mana nak turunkan kuning anak, anak saya da 21 hari masih ada kuning..ada tips x? Ni bayi pertama saya

26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau mommy susu badan just jaga waktu menyusu sahaja , kerapkan anak menyusu 2 jam sekali , kena selalu kejut baby sebab bila jaundis baby akan selalu tidur , kalau guna susu formula same juga just jaga penyusuan sahaja , jangan stress untuk turunkan kuning baby,memang penat sebab nak pi ulang klinik tapi kena selalu positifkan diri ,saya baby jaundis hampir sebulan ,hari ke 14 ambik darah and air kencing ,alhamdulillah anak okay , keep positive insyaallah semua ni takkan lama and baby akan kembali normal , btw saya pun first mom jugak , mase baby kena jaundis dulu macam macam la orang keliling suruh buat itu la ini la untuk hilangkan kuning , lepas habis fasa tu rase menyesal dengar orang sekeliling cakap sampai stress , bila cari ilmu tentang jaundis ni baru tau just keep menyusukan baby sahaja.

Baca lagi