Banyakkan susu badan
Macam mana nak banyakkan susu ibu ? Anak df ..

Saya ibu yg bekerja. Apa yg saya buat ialah niat utk susukan anak selama yg bole. Jaga mood bila susukan baby tu pastikan ibu relax & gembira & jangan stress. Kerapkan menyusu atau power pumping. Banyak minum air. Minum oat. Bagi yg muslim..penting untuk amalkan AYAT 60 SURAH AL-BAQARAH. Amalkan setiap kali lepas solat & masa tgh susukan baby atau semasa pam. Saya anak 4 nak masuk 5. Tp keempat2 anak alhamdulillah sampai ckup 2 tahun umur masing2 sebelum bercerai susu. Arwah ibu mertua yg ajar, jadi ilmu baik kita kongsi la. “Ya Allah, dengan kasihMu, ampunkan dosaku, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapaku & muslimin muslimat. Ku mohon padaMu luaskanlah rezeki kami juga rezeki anak yang ku susui. Lancarkan susu kami demi anak yang kami kasihi. Semoga dengan berkat susu ibu yang penuh dengan khasiat ini, mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, pintar, cerdas dan menjadi saham akhirat kami. Semoga keberkatan susu ini kami dapat membesarkan anak-anak kami menjadi insan berguna kepada agamaMu. Amin Ya Rabbal Alamin”
Baca lagi