Berpantang

Maaf ye post panjang sikit.. saya nak kongsi cerita lepas bersalin 🤭saya lahirkan baby bulan 4 yg lepas.. memang semua dah set mood untuk saya berpantang.. lagi2 say ni berpantang di kampung.. tapi untuk saya, tiada istilah pantang sebab saya dah melalui fasa itu masa kelahiran anak pertama.. saya sangat sangat sangat stress sampai terjejas penghasilan susu dan berat baby sedikit membimbangkan.. jadi saya lepas bersalin memang macam biasa je.. tiada stokin tiada pilis tiada makan kering2 tiada mandian herba tiada urut.. tiada apa2.. 😅 jadi benda tu macam triggered orang sekeliling di mana mulut mereka cakap nanti akan sakit, akan sakit... syukur suami saya jenis bukak mulut.. dia cakap kalau saya sakit tak apa dia yang akan jaga bukan orang lain.. senyap laa semua orang 🥲 terima kasih suami.. kalau suami tak support saya mengenai hal berpantang ni memang tak tahu la.. alhamdulillah walaupun czer, saya lgi cergas dari beranak normal masa yang pertama.. emosi saya pun terjaga.. penghasilan susu pun meriah alhamdulillah.. cuma perlu jaga luka czer sahaja dan luka alhamdulillah cepat sembuh.. kalau ada ibu yang macam saya, cari laa support dari orang terdekat yang memahami kehendak ibu.. fokus dekat diri sendiri dulu supaya kita selalu positif.. jangan biarkan org buat keputusan untuk kita.. badan kita, kita sendiri tahu.. barulah baby dan ibu happy 🥰#postpartum

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Betul sis, orang sekeliling selalu cakap nanti akan sakit kalau tak berpantang. Ye sy tak nafikan ada kemungkinan untuk sakit bila kita tidak jaga. Tetapi boleh jadi juga makanan dan gaya hidup selepas berpantang tu yg buat org sakit di kemudian hari , pantang ni bukan 44 hari shj, tapi sebenarnya mmg kena pantang makan fastfood dll. Tapi kdg² ada juga yg menyalahkan sebab tak berpantang. Saya akui saya sendiri tak mampu nak ikut 100% pantang, sebab cth kalau sy pakai stokin sepanjang masa kaki saya akan mngelupas gatal and sakit sbb berpeluh walaupun dah tukar stokin hari². Dah tu camne nak pakai stokinnye 😮‍💨 Sebelum berpantang pun saya mmg jarang pakai stokin kecuali nak keluar rumah je. Pilis dan param tu memang jauh sekali nak pakai, kita pegi mandi, anak dah nangis kat luar bila keluar toilet sempat sarung baju je dengan kain sebab nak menyusu anak, lain² mana sempat nak buat dah. Tapi saya tak pernah mengecam tentang pantang saya menyokong shj cuma kalau saya, saya tak mampu dan saya bertambah stress untuk ikut 100% tentang pantang.

Baca lagi