Berpantang

Maaf ye post panjang sikit.. saya nak kongsi cerita lepas bersalin 🤭saya lahirkan baby bulan 4 yg lepas.. memang semua dah set mood untuk saya berpantang.. lagi2 say ni berpantang di kampung.. tapi untuk saya, tiada istilah pantang sebab saya dah melalui fasa itu masa kelahiran anak pertama.. saya sangat sangat sangat stress sampai terjejas penghasilan susu dan berat baby sedikit membimbangkan.. jadi saya lepas bersalin memang macam biasa je.. tiada stokin tiada pilis tiada makan kering2 tiada mandian herba tiada urut.. tiada apa2.. 😅 jadi benda tu macam triggered orang sekeliling di mana mulut mereka cakap nanti akan sakit, akan sakit... syukur suami saya jenis bukak mulut.. dia cakap kalau saya sakit tak apa dia yang akan jaga bukan orang lain.. senyap laa semua orang 🥲 terima kasih suami.. kalau suami tak support saya mengenai hal berpantang ni memang tak tahu la.. alhamdulillah walaupun czer, saya lgi cergas dari beranak normal masa yang pertama.. emosi saya pun terjaga.. penghasilan susu pun meriah alhamdulillah.. cuma perlu jaga luka czer sahaja dan luka alhamdulillah cepat sembuh.. kalau ada ibu yang macam saya, cari laa support dari orang terdekat yang memahami kehendak ibu.. fokus dekat diri sendiri dulu supaya kita selalu positif.. jangan biarkan org buat keputusan untuk kita.. badan kita, kita sendiri tahu.. barulah baby dan ibu happy 🥰#postpartum

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pulak berpantang dengan tok husb . Umoq dia dah 80tahun .. Saya czer . Mmg dia tak bg buat keja apa pon masak semua dia buat dia hidang nasik penuh pinggan ,saya kata tak abis nanti dia soh buang ja tapi jangan tambah dah. Air minum pon dia hidang aiq teh o panas kat saya. Tu pon saya tak angin pon org lain pakat tak bagi minum teh.. tok saya tu tau saya minum aiq banyak dia pon tak kata apa cuma yg dia taktau saya minum aiq ais 😆 tapi lepas ja pantang , dia nampak saya makan pelam manis dia bising kat saya “baru lepas berapa hari dok makan asam2 tu, org lain tak makan asam2 tu mai tua sakit urat” .. tu pelam manis kot ,dia kata tetap buah asam ! Lepastu dia cerita kat jiran pulak pasai tu , org tua kan depa apa lagi bunyi lagi benda yg sama.. saya menjawab kat depa “dulu tok pantang dak? Kalau pantang awad lani dok makan ubat urat? Hari2 ngadu2 sakit urat sakit lutut.. takpa laa kami makan lani pon nanti tua kami beli ubat urat jugak kat kedai cina” .. sakit urat ni kalau nak rasa akan rasa la la tu jugak sama la macam angin kita makan masa tu jugak kita angin , bukannya makanan tu nak tunggu peram dalam urat badan kita . Lepastu jiran saya ternganga mungkin tak jangka saya akan menjawab macam tu 🥲

Baca lagi

hm samalah sis sy tgh alami sy baru berurut sekali tu pun suami gaji bnyk bende nk settle dgn bby nb punya barang lagi and ad lah makcik2 ckp kena urut lg 2-3 hari bukan tknk sy mmg nak tp komitmen duit tk mencukupi tu pun sy utamakan barang baby pempers baby susu baby dlu and bilaa balik je umah mak kena mkn tu ini ubat semua cuma sy je was2 hmm bila balik kg basuh berak ank ke mandikan ank ke ad je komplen hm tuala ni tk leh baju ni tk leh bedung ni tak oky pempers ni tak okay 😭😭 sy kadang stress sbb sy baru ad ank bukan ank da 6-7 orang lain la cerita sy cuma angguk ya kan tanda hormat je tp bila kami nk gerak balik umah sepanjang dlm kereta suami laa yg tukar sabarkan sy “sabar ya syg kita baru jadi ibu bapa kita tk tahu apa yg boleh apa yg tk boleh abang pun geram bila orang bercakp psl cara ayang jaga ank abg tahu ayang da cukup baik jd ibu nanti gaji kita tukar barang yg berkualiti utk ank” allahu sy berterima kasih sgt dihargai suami even kami sedar barang ank kami semua beli dishopee bukan tk nk beli barang mahal tp tula komitmen yg kami mampu 🥲

Baca lagi

Betul sis, orang sekeliling selalu cakap nanti akan sakit kalau tak berpantang. Ye sy tak nafikan ada kemungkinan untuk sakit bila kita tidak jaga. Tetapi boleh jadi juga makanan dan gaya hidup selepas berpantang tu yg buat org sakit di kemudian hari , pantang ni bukan 44 hari shj, tapi sebenarnya mmg kena pantang makan fastfood dll. Tapi kdg² ada juga yg menyalahkan sebab tak berpantang. Saya akui saya sendiri tak mampu nak ikut 100% pantang, sebab cth kalau sy pakai stokin sepanjang masa kaki saya akan mngelupas gatal and sakit sbb berpeluh walaupun dah tukar stokin hari². Dah tu camne nak pakai stokinnye 😮‍💨 Sebelum berpantang pun saya mmg jarang pakai stokin kecuali nak keluar rumah je. Pilis dan param tu memang jauh sekali nak pakai, kita pegi mandi, anak dah nangis kat luar bila keluar toilet sempat sarung baju je dengan kain sebab nak menyusu anak, lain² mana sempat nak buat dah. Tapi saya tak pernah mengecam tentang pantang saya menyokong shj cuma kalau saya, saya tak mampu dan saya bertambah stress untuk ikut 100% tentang pantang.

Baca lagi

betul tu awak, saya pun berpantang sendiri tapi kak ipar banyak bantu. dia jaga pun dia cakap, kalau nak pantang betul², ikut betul2 pantang. kalau taknak, takyah pantang. takde paksa². kak ipar cuma jaga makan saya je apa yang boleh & tak boleh. sakit ke tak tu sebenarnya ikut badan masing². kalau rasa badan kuat, takyah pantang terpulang la. saya setakat ni pun sama macam awak, takde bertungku, mandian herba, makan jamu apa semua. ok je, asalkan sihat sudah. luka dah kering ok. saya pantang just pakai stokin, makan sup², berurut sehari. tu je alhamdulillah baby sihat ibu pun sihat 😄

Baca lagi

betul..sy prnh brpantang rmh MIL...brpntang ggur masa tooo....mmg lain la.kn pntg ggur dgn pantang ada baby...mulut manusia... ckp buruk2 kt sy..lg2.y dlm rmh MIL to ada mulut lepas n suka bnding2 kn....smpai sy meroyan..hri nii ggur..esk dh surh masak2 kn untk org dlm rmh tooo....lps sy brslin ank ke 2 n duk rmh mak...alhamdulillah..mak jg btl2...ssu bdn meriah...luka pom cepat sguh sembuh...mental pom x trtekan....best duk dgn org y fahm kita

Baca lagi

betul sis, bila baca dr. imelda post pun okay je, positif vibe . takda pun suruh pantang mcm tuh mcm ni. tapi tuh la, bila kita menjawab ,dia kata mmcm ,sbb konon kita muda ,takda ilmu apa. tipu la kalau ckp time pantang dulu saya tak stress, saya sampai tahap nak bunuh diri pun ada. tapi alhamdulillah time tuh suami ada. tapi mmg time pantang kena ada org yg positif, tak bole yg acah2x, itu tak bole ,ini tak bole.

Baca lagi

Bukan nak bandingkan tp somehow sy rs bersalin czer lagi senang jaga sebab luka tu kat atas. Tak takut nak kencing nak berak. Lagipun hospital bagi ubat utk senang berak sebab tak nak kita meneran. Nak berjalan, mencangkung rasa lebih senang. Yg bawah pun masih normal tak de kecederaan 😅 cuma kena jaga perutla sbb czer perut susah nak kempis

Baca lagi

saya pulak ada berfikir nak pantang sendiri biar aman dunia saya, tapi suami always nak saya berpantang dengan mertua. kadang bila fikir stress ya. sebab saya kalau boleh nak mama saya sendiri yang datang sini jaga saya. bukan mertua saya.

2y ago

Saya faham sis sebab kita ni lagi selesa dengan mak sendiri berbanding dengan mak mertua kan. Sis bincang dengan suami elok-elok. Bagi faham kan dia kenapa sis nak berpantang dengan mak 👍 insyaallah dia akan faham

sy anak 1st. masuk geng tak berpantang 🙋‍♀️🙋‍♀️🙋‍♀️ pada saya laa, buat apa laa 40hari pantang kemain pastu hari ke41 suka hati nak buat apa kannn

Yang penting kita kena jaga emosi kita. Happy mama, Happy baby, Happy family. untuk yang nk bf anak sampai 2tahun, emosi sgt² perlu dijaga. InsyAllah semuanya baik² sahaja