Pantang Cerai
Maaf semua saya betul2 perlukan pendapat,kata2 semangat.saya tengah pantang baru cukup sebulan.baru2 ni saya ada gaduh dengan suami sbb dia nak dgr ckp ummi dia suruh bagi baby kami air mineral untuk hilang kuning.lepas gaduh rupanya dia bercinta dan cakap lucah dgn perempuan dkt game mobile legend dia. saya baru baca whatsapp dorang harini.saya rasa terkilan.saya tak boleh tgk muka dia.rasa tertipu sgt2. dia boleh curang sedangkan sepanjang pantang saya usaha bagi nafkah batin dkt dia dengan peluk cium cuma bukan seks sahaja.saya nekad nak cerai lepas dpt tahu sbb saya jijik sgt baca whatsapp lucah dorang.saya meraung2 dekat rumah mak saya harini.family saya datang tenangkan tapi saya tak sampai hati nak bagitau yg suami saya curang dengan chat lucah tu.