Maaf agak sensitif

Maaf saye kurang jelas dan faham bab agama, boleh ke suami bersama dengan isteri melalui dubur walaupun hanya sekali dan suami hanya ingin mencuba ? Suami berkali kali minta nak try melalui belakang tapi saye tak bagi sebab takut kene penyakit.

34 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya bagi dalil teruslah ye sis. Suami you patut tahu hukum hakam agama. Macam mana la boleh terfikir nak buat thru anal ya. Kami pun tak lalu nak buat thru anal. Rajin2 lah baca or search google ya.. Pada asasnya seorang suami diharuskan untuk menikmati secara seksual setiap bahagian tubuh isterinya melainkan menyetubuhi isterinya pada dubur.[1] Hal ini adalah berdasarkan riwayat daripada Khuzaimah bin Thabit R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ اللهَ لَا يَسْتَحِيي مِنَ الْحَقِّ فَلَا تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَدْبَارِهِنَّ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran, maka janganlah kamu mendatangi isteri pada dubur mereka.”[2] Selain itu, terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا Maksudnya: “Orang yang dilaknat itu ialah seorang yang mendatangi isterinya pada duburnya.”[3] Begitu juga diharuskan untuk bermain-main secara seksual antara suami dan isteri secara intim dan mesra, sebelum memulakan persetubuhan, dengan syarat selagi mana tidak membawa kepada kerosakan.

Baca lagi