sedih

Maaf saja nak share kat sini, harap ada yang bagi komen positif.. saya mengandung dah 14minggu. Selama pernantian 3tahun berkahwin. Dan ini kali pertama ada zuriat dalam rahim saya. Sepanjang tempoh perkahwinan saya, saya dikeji oleh kakak sendiri mengatakan saya mandul. Ya! Saya kahwin dulu dari dia. Kemudian baru dia. Rezeki dia awal dapat. Malah merendahkan saya. Saya tak kisah kalau orang luar cakap. Ini adik beradik kandung sendiri yang cakap. Untuk pengetahuan. Saya dgn kakak saya yang ni memang tak ngam langsung. Ada saja benda dia nak tanding2 dengan saya. Ada saja benda dia nak maki2 saya. Oklah saya ringkaskan. Saya dah mengandung. Dan kini ibu saya sendiri suruh saya berbaik dgn kakak. Saya hanya mampu cakap.. bagi saya masa dulu.. saya terlalu sakit dengan perbuatan dia. Malah ibu saya marah2 saya dan kata tak sangka saya ni jenis pendendam. Malah semua salah saya dia ungkit hanya disebabkan takmahu berbaik dgn kakak. Saya dah terlalu banyak mengalah. Saya penat. Bila berbaik ada saja mulut dia mencaci maki hamun saya. Kalau ada benda dia tak puas hati. Saya sumpah demi Allah tak pernah sesekali memaki hamun dia. Dan sekarang ibu saya block saya. Dan kata jangan balik ke kampung lagi. Apa perlu saya buat. Salah saya ke.. sekurang saya dah kahwin langsung tiada susahkan ibu saya. Melainkan kakak saya gaduh dengan suami dia selalu balik rumah ibu. Mengadu masalah itu ini.. bagi saya, hal suami isteri tak perlu ceritakan walaupun ibu sendiri. Mungkin kerana saya jarang balik. Saya tak pernah cerita apa2 masalah. Mungkin itu juga buat dia terasa.. maaf semua.. saya perlukan sokongan positif dari semua. Terima kasih

21 Balas

apa2 banyak berdoa banyak sabar fikir positif baby dalam perut lagi penting untuk sekarang ni nanti dah bersalin dah ok elok kumpulkan semua yang bersangkutan cakapkan semua macam mana baiknya

Mmg ada kisah camni. Ada ibu yg selalu berat sebelah. Beratlah dia nanti di akhirat nk menjawab sebab berat sebelah. Apapon pihak puan, doalah pada tuhan semoga dilembutkan hati semua org.

salam, sekadar berkongsi, sy tahun ke8 bru ad, pky positif, berlapang dada, muhasabah diri, 5waktu jgn tinggal,menaji,usha,buat yg sunat,doa, bia org nak ckp ape, allah kn ad..

Sis mohon doa pada Allah minta diberi kan petunjuk pd ibu Sis ya.. Xpa.. Suatu hari pasti ibu akan terbuka hati dan akan nampak perkara yang sebenar. Byk kan bersabar ya sis ♥️

First of all.. thnia sis sda mengandung.. pd pndpt sa. Sis fokus dgn kandungn dan family sis sja dlu. Biarkan ibu dan kak sis.

mak tiri ke tu..?? teruk benor perangai makan hasutan... Dah tua2 bawak bertaubat la makcik.... aduyaiii...

Pentingkan kandungan sis,doa byk2 semoga kakk awak dapat buka pintu hatielihat kesalahan diri sendiri

Bersabar laa, jaga kandungan tu dulu lagi penting.

Block number.. senang je

Sabar la sis dugaan

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan