Aku ibu panas baran

Maaf kalau coretan ini mengguris hati sesiapa. Anak aku dah 5 bulan. Aku rasa stress sangat jaga dia. Aku jadi rasa nak marah, nak melenting. Kadang2 rasa nak pukul dia bagi dia diam. Asyik menangis. Tak boleh dipujuk. Susu taknak, tido taknak. Aku rimas. Aku rasa mcm nak cederakan diri aku sendiri sbb aku tak layak jadi mak budak ni. Aku benci kalau dia minum susu aku sbb aku taknak dia ikut perangai aku yg mcm setan ni. Aku rasa terperangkap duduk sorang2 dekat rumah jaga anak. Aku x boleh nak pergi mana2, buat apa yg aku suka mcm dulu2. Aku berhenti keje sebab suami suruh jaga anak. Suami kerja waktu tak menentu. Kadang lewat malam baru balik. Aku x tau nak buat apa bg fikiran aku ni kekal waras dan tak jd pemarah. Aku tahu anak tu amanah. Aku sayang anak aku. Tp aku penat buat benda sama, nak hadap dia setiap masa. Aku ni memang mak tak guna kan? Kesian anak aku dapat mak tak guna macam ni

38 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

begitulah bila jd surirumah tangga sebab disuruh / diminta suami atau org lain..bkn ats keinginan sendiri.. beza dua ni, bila org suruh dgn rela hati..org suruh jaga anak, kita xrela hati akn buat kita jd ibu yg garang dll..ada smpai tahap mendera... berbanding dgn kita sdri yg rela hati nk jd ibu sepenuh masa...kita akn cuba setiap hari utk jd ibu yg terbaik.. saya xckp org, tp pengalaman saya sdri.. saya dlu ibu yg bekerjaya...berbelas tahun kerja...smpai akhirnya, saya sdri sdh bersedia utk jd ibu sepenuh masa..Alhamdulillah, Allah bantu..tp ambil masa 3tahun buat kputusan utk resign..suami kena bg sokongan.. yg penting, NIAT asal kita nk jd ibu yg mcmne..semoga urusan puan dimudahkan..saya sdri pn masih dlm proses..ada hari kita jd sgt prihatin, ada hari kita brtindak luar kawalan..tp cubalah didik diri kita dlu.. happy mom, happy family..Hugs for you 🫂

Baca lagi