Kakak ipar batuk cium mulut baby

Luruh hati hari ni.. Sedih sgt.. Sy selsema.. Agak teruk.. Doktor suruh pakai mask dlm rumah, sanitize, jaga kebersihan spy baby xberjangkit.. Terutama mase bf, sbb bernafas dekat dgn muka baby.. Pagi2 sy dah bangun, mandi, lepas tu mandikan anak, tukar cadar semua, bersihkan tempat baby.. Tiba2 kakak ipar dtg.. Dia batuk dah beberapa hari.. Borak2 pasal sy demam semua.. Lepas tu dia dengan ignorant nye cium baby sy banyak kali.. Sy sabar je.. Dlm hati xpelah.. Krg basuh je muka baby.. Lepas tu before balik dia cium mulut baby sy.. Dah lah bercakap betul betul depan muka anak sy.. Haihhh.. Speechless lahhh.. Dia bukan xade anak tau.. Doakan anak sy sihat and tak kena penyakit bukan2.. Batuk2 ni bukan boleh bawak main skrg ni.. Family dorg ni dah lah selalu bergaduh antara adek beradek dan ipar duai.. Jenis mak bapak masuk campur backup anak pulak.. Kami yg menantu ni mmg buruk je dimata dorang.. Sy ni malas nak cari point gaduh.. Sy diam je kalau dorang bergaduh adek beradek.. Sbb mak sy ajar adab.. Tapi tulah.. Stress betul dgn family suami ni.. Jenis kalau kita ckp, dorg triggered.. Xboleh terima.. Sy kawen dgn anak bongsu, lagi lah.. Banyak benda kami ni makan hati.. Sorry lah mengadu kat sini.. Sy stress..

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi mommy. Ya betul. Bahaya bagi bayi dicium oleh orang yang dah terang-terang tidak sihat. Even budak kecil main dengan anak kita pun mudah menyebarkan jangkitan kepada dewasa atau bayi. Cuba mommy minta suami tegur kakak ipar supaya tidak mencium bayi dengan cara yang baik. Jika suami tidak mengendahkannya mungkin mommy bagitahu alasan yang membolehkan dia tidak mencium anak. Anak saya pernah dimasukkan ke hospital maka saya jadi trauma juga bila orang tak sihat ni nak mendekati. Malah kita tak tahu dimana punca nya. Bagi saya mommy kahwin dengan anak keberapa pun jika keluarga mereka mempunyai masalah memang sukar untuk dielak dari terpalit sama. Moga mommy kuat dan jangan terlampau stres moga dipermudahkan urusan ya 💕

Baca lagi
3y ago

suami sy pun xsuka kakak dia tu.. dah tegur pun xmakan saman.. nasib baik anak sy ok je tak demam.. waktu covid ni kita as parent akan jd paranoid kalau org demam demam ni..