Diet punca hb low? 30w
lately ni saya diet pemakanan sbb berat selalu naik banyak. pagi dgn malam saya makan satu pisang. tghari makan nasi. air manis n mknn manis mmg tak amik. N sepanjang saya control mkn tu mmg terseksa sgt la sbb terpaksa tahan lapar. And tadi checkup kk, first time hb saya low 9.8 Adakah sebab saya control makan jadi punca hb saya low?

sy tak diet pun sepanjang pregnant ni. rezeki sy berat tak naik banyak, 1st-2nd trim berat menurun sbb alahan & nak hujung trim 2 baru naik sikit. now 32w berat sgt2 ok & berat baby pun ikut usia. tips sy, sy makan sikit tp kerap. nasi mmg sy makan sekali sahaja sehari. kalau malas makan nasi sy beli bihun sup/laksa. yg penting makan berat. lain2 sy sarapan mcm biasa, roti/kuih. air manis mmg sy jarang ambil sbb ada gdm. & sy banyakkan buah tinggi zat besi. mcm hari nk cek hb tu, sy wajib makan buah jambu batu separuh biji sebelum pergi klinik. Alhamdulillah hb tak pernah bawah 13. & sy tak pernah skip ubat2/vitamin yg kk bg. semua sy makan ikut waktu. sis boleh cari makanan yg tinggi zat besi, sayur bayam/daging/kerang/buah jambu/delima/buah naga. makan kerap selang 2-3 hari & lebih kerap bila nak checkup hb tu. tidur pun kena cukup tau. & bykkan minum air putih. Insha’Allah membantu.
Baca lagi

