kalau jadi kt sy, sy jauhkan diri. ddk rumah parents? keluar sewa tempat lain. ddk jauh? mmg raya baru jenguk. sbb kita pun kena rawat hati kita, disamping taknak tambah dosa bila berada bersama mereka. mmg manusia toxic ni wujud. sbb tu cara terbaik ialah putuskan hubungan dgn mereka. tp ni ibu bapa kan, mmg tak boleh lah. mcm mana pun tu ttp parents kita. walaupun kdg2 ada juga silap kita dimana2 tp itu normal, manusia mmg buat kesilapan & ibu bapa bukan Tuhan. mereka juga manusia yg wajib ada timbang rasa. cumanya masih ada cara nk bg win-win situation tu. dgn buat hal kita, jgn peduli apa mereka ckp. dorang dgn life dorang, kita jalani hidup kita. dlm masa yg sama kita tak derhaka & kita juga dpt jaga hati kita. yg penting kita do better, be better utk anak2 kita, generasi kita. jgn sambung apa yg mereka buat. kalau boleh bg sebanyak2 nya kasih sayang yg kita tak pernah rasa tu kt anak2 kita.
Anonymous