Org asyik cakap anak ikut muka bapak dia😅

hehe saya tak tahu la nak cakap macam mana. muka anak comellll. tapi ini apa yg saya rasa jelah. mgkin salah saya rasa mcm ni. tapi takleh buang la rasa ni. mgkin sekali dua cakap boleh terima lagi. kalau dah husb dgn mil asyik cakap “muka dia mcm i masa kecik” “muka dia sebijik ikut bapak dia” “bibir ikut bapak dia”😶 kita pun hehehhe kan jela😂 ada ke ibu2 yg rasa mcm saya rasa setiap kali org asyik cakap psl muka anak ikut bapak dia?😅

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya faham perasaan yang kamu alami. Memang kadang-kadang kita rasa terganggu bila orang asyik cakap muka anak ikut bapak dia. Tapi sebenarnya, kita kena ambil positifnya juga. Anak kita adalah gabungan daripada kita dan suami, jadi memang ada kemungkinan ada persamaan dengan suami. Cuma kalau rasa terganggu sangat, cuba lah terus terang dengan suami atau orang lain yang selalu cakap macam tu. Bagitahu mereka bahawa kita lebih suka kalau mereka puji anak dari segi peribadi anak itu sendiri, bukan dibandingkan dengan siapa pun. Ingat, setiap anak unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Jangan biarkan perkara-perkara seperti ini ganggu kebahagiaan kita sebagai ibu. Sama-sama kita kongsikan kegembiraan melihat anak-anak kita tumbuh dengan sihat dan bahagia. Semoga dapat membantu, ya! 😊 https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Sama.. sy pon menyampah bila belah suami ckp mcm.. da kita mak nya yg kandung selama 9 bln, mesti la sensetip .. depa asik ulang benda yg sama last2 sy ckp mmg le muka bapaknya x kan nk ikot muka jiran sebelah pulak 😌😌

Sy dulu anak 1st rasa mcm geram jgak org asyik ulang yg sama. Asyik ckp ikut muka bapak dia. Ni bila bersalin yg 2nd ni tetap ikut muka bapak dia. Skrg dah tak kisah sbb nanti dia besar sikit muka dia slowly berubah. Hehe

Ehehe biasa lah tu sis. Asalkan sis & baby sihat dilindungi dipermudahkan urusan bersalin nti takpayah fikir sgt lah hal tu..🤗

saya pun orang selalu cakap mcm tu. tp tak dinafikan. mmg sebiji bapak betul 😅😅

syaa mula2 ok. lepastu cm rimas. asyik2 sebut benda sama. menyampah rasa