Bersalin bedah ?

Komplikasi SERIUS pembedahan c-section yang JARANG-JARANG berlaku : - buang rahim secara kecemasan ( emergency hysterectomy) - 7 wanita dalam setiap 1000 kelahiran -Kemasukkan ke dalam wad ICU - 9 wanita dalam 1000 kelahiran -Darah beku di kaki, boleh menyumbat salur darah 16 wanita dalam 10000 -Kecederaan pada pundi kencing - 1 dalam 1000 -Kecederaan pada salur ureter 3 dalam 10000 -Kematian ibu - 1 dalam 12000 -Meningkatkan risko mendapat uri bawah dan uri lekat - 8 dalam 1000 Komplikasi pembedahan c-section yang berlaku agak KERAP : -Sakit pada bahagian bawah perut dalam beberapa bulan pertama selepas caesar - 9 dalam 100 -Meningkatkan risiko untuk menjalan pembedahan caeserean sekali lagi dalam ikhitiar mencuba bersalin biasa untuk kehamilan berikutnya - 1 dalam 4 wanita -Kemasukkan semula ke hospital - 5 dalam 100 -Pendarahan - 5 dalam 1000 -Jangkitan kuman - 6 dalam 100 -Kecederaan luka pada bayi - 2 dalam 100 kelahiran Bukan untuk menakutkan pesakit, tapi itulah hakikat sebenar seseorang pesakit perlu tahu sebelum beliau menandatangani borang persetujuan pembedahan, setelah diperjelaskan oleh doktor yang merawat ketika itu. Maka setelah mengetahui kemungkinan yang boleh berlaku yang berkaitan pembedahan c-section, bukan sahaja pesakit, doktor yang membedah pun turut sama bersedia untuk menghadapi pelbagai komplikasi yang boleh timbul ini. Namun demikian, jika pembedahan c-section ini PERLU DILAKUKAN, maka janganlah berdegil atau enggan bersetuju dengan doktor kerana pembedahan perlu dijalankan ketika itu sama ada untuk menyelamatkan nyawa ibu atau bayi. Ya, komplikasi tetap ada, pasukan pembedahan akan bersedia dan berhati-hati untuk semuanya. Perlu diingatkan, dengan bertambahnya bilangan pembedahan c-section, risiko untuk mendapat uri bawah dan uri lekat untuk kehamilan berikutnya menjadi lebih tinggi. Risiko untuk pesakit dibuang rahimnya - mungkin akibat pendarahan melampau yang boleh meragut nyawa atau disebabkan uri lekat juga MENINGKAT. Nak operate orang ni bukan macam nak operate perut ikan. Potong-potong pastu jahit macam biasa. Sedangkan yang ada 1 pembedahan caesar pun, bila operate sekali lagi berpeluh-peluh ketiak nak memisahkan organ-organ penting yang melekat pada rahim ataupun dinding abdomen. Apetah lagi 2,3,4,5 dan 11 pembedahan caesaer ! Kusss semangat ! Ya memang kehamilan rezeki Allah bagi, tapi kita mampu merancang berapa besar family yang kita mahukan. Tak guna kalau anaknya ramai, pembedahan c-section berulang-ulang kali, ibu mengalami komplikasi dari pembedahan c-section untuk sepanjang hayat ibu itu. Jika doktor membenarkan lagi untuk seseorang wanita itu untuk hamil sekali lagi, selepas beberapa pembedahan c-section saya pasti beliau telah bercerita panjang lebarrrr mengenai apa yg telah saya nyatakan seperti di atas. Fikir dulu sebelum buat apa-apa statement, lebih-lebih lagi jika anda adalah public figure yang mempunyai jutaan followers. Mereka boleh salah anggap dengan membaca statement anda, dan menyebabkan doktor-doktor yang merawat pesakit pening nak menjelaskan pada pesakit. Perut isteri bukan seperti perut ikan yang boleh dibedah dan dijahit semula sebanyak 11 kali. ?

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sharing yg menarik 👍.. tq sis 😍