nur amira shahira profile icon
GoldGold

nur amira shahira, Malaysia

Kontributor

About nur amira shahira

single parent

My Orders
Posts(22)
Replies(29)
Articles(0)

โค?

CONTRACTION PAIN!! Waktu saya pregnant dulu. Benda yang paling saya takut adalah Episiotomy. Sebab dari sekolah duk dengar cerita pasal kene gunting apa semua. Then kena jahit. Huii seram oi! 9bulan pregnant, itu yang paling saya gerun. Sampaikan tiba hari nak bersalin, rupanya.. episiotomy tu tak rasa apa pun! Yang teruk saya rasa adalah contraction pain. ??. Mak saya sampai sekarang gelakkan saya sebab saya punya response to contraction pain tu sangat dramatic. (Blame the indian blood in me ?, pain threshold rendah ya ampun). Lepas bersalin saya rasa macam nak marah sebab takde siapa tekankan pada saya tentang sakitnya dan seksanya contraction pain tu. Sebabkan pengalaman pertama tu mengajar saya. (Have to say i learnt the hard way). Sampai waktu nak melahirkan anak kedua. Saya dah lebih bersedia untuk hadapi contraction pain tu. Saya dah tahu apa perlu buat untuk kawal diri dan kawal sakit. Dan sekarang, saya bertugas di department OnG. Hampir semua patients saya, saya maklumkan siap-siap tentang sakit contraction tu. Supaya diaorang tak terkejut macam saya dulu. Saya inform siap-siap apa yang mereka perlu anticipate dan apa yang mereka boleh buat untuk bantu kurangkan sikit rasa sakit tu. So, pregnant mommies out there, 1) bersiaplah untuk proses bersalin tu. siapkan fizikal dan siapkan mental. Contraction pain SANGAT SAKIT! 2) waktu sakit, jangan panic. Cari tangan orang yang paling hampir. Pegang tangan dia dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan sambil tutup mulut. InsyaAllaah. Boleh tu. Suami/Ahli keluarga perlu jadi sangat membantu time isteri nak bersalin. Urut belakang dia, urut kaki dia. Coach breathing technique pada dia. Sebab time sakit tu kita panic kadang sampai tak boleh fikir macamana nak tarik nafas. Suami kena tolong coach. Pegang tangan dia. Bagi isteri genggam tangan tu. Dia perlu tahu yang dia tak sorang-sorang dalam battle tu. ? Bagi dia assurance yang sakit tu sekejap je lagi. Remind dia "Baby dah nak turun dah. Sikit je lagi, Sayang." Dia perlukan semangat macamtu. Dia perlu tahu yang sakit tu dah nak berakhir. InsyaAllah, jasa jasa orang waktu kita nak bersalin tu takkan dilupakan. Hatta orang tu tolong setakat urut jari kelingking pun dia akan ingat. Sebab time sakit tu kita memang rasa helpless dan in need of support sangat. Semoga bermanfaat apa yang dikongsikan ni. Sampai sini dulu coretan Nisa Ali. Next boleh cerita pasal cara nak elak luka besar pulak. Ehehe. InsyaAllah. Credit : Anisah Ali

Read more
 profile icon
Write a reply

Bersalin bedah ?

Komplikasi SERIUS pembedahan c-section yang JARANG-JARANG berlaku : - buang rahim secara kecemasan ( emergency hysterectomy) - 7 wanita dalam setiap 1000 kelahiran -Kemasukkan ke dalam wad ICU - 9 wanita dalam 1000 kelahiran -Darah beku di kaki, boleh menyumbat salur darah 16 wanita dalam 10000 -Kecederaan pada pundi kencing - 1 dalam 1000 -Kecederaan pada salur ureter 3 dalam 10000 -Kematian ibu - 1 dalam 12000 -Meningkatkan risko mendapat uri bawah dan uri lekat - 8 dalam 1000 Komplikasi pembedahan c-section yang berlaku agak KERAP : -Sakit pada bahagian bawah perut dalam beberapa bulan pertama selepas caesar - 9 dalam 100 -Meningkatkan risiko untuk menjalan pembedahan caeserean sekali lagi dalam ikhitiar mencuba bersalin biasa untuk kehamilan berikutnya - 1 dalam 4 wanita -Kemasukkan semula ke hospital - 5 dalam 100 -Pendarahan - 5 dalam 1000 -Jangkitan kuman - 6 dalam 100 -Kecederaan luka pada bayi - 2 dalam 100 kelahiran Bukan untuk menakutkan pesakit, tapi itulah hakikat sebenar seseorang pesakit perlu tahu sebelum beliau menandatangani borang persetujuan pembedahan, setelah diperjelaskan oleh doktor yang merawat ketika itu. Maka setelah mengetahui kemungkinan yang boleh berlaku yang berkaitan pembedahan c-section, bukan sahaja pesakit, doktor yang membedah pun turut sama bersedia untuk menghadapi pelbagai komplikasi yang boleh timbul ini. Namun demikian, jika pembedahan c-section ini PERLU DILAKUKAN, maka janganlah berdegil atau enggan bersetuju dengan doktor kerana pembedahan perlu dijalankan ketika itu sama ada untuk menyelamatkan nyawa ibu atau bayi. Ya, komplikasi tetap ada, pasukan pembedahan akan bersedia dan berhati-hati untuk semuanya. Perlu diingatkan, dengan bertambahnya bilangan pembedahan c-section, risiko untuk mendapat uri bawah dan uri lekat untuk kehamilan berikutnya menjadi lebih tinggi. Risiko untuk pesakit dibuang rahimnya - mungkin akibat pendarahan melampau yang boleh meragut nyawa atau disebabkan uri lekat juga MENINGKAT. Nak operate orang ni bukan macam nak operate perut ikan. Potong-potong pastu jahit macam biasa. Sedangkan yang ada 1 pembedahan caesar pun, bila operate sekali lagi berpeluh-peluh ketiak nak memisahkan organ-organ penting yang melekat pada rahim ataupun dinding abdomen. Apetah lagi 2,3,4,5 dan 11 pembedahan caesaer ! Kusss semangat ! Ya memang kehamilan rezeki Allah bagi, tapi kita mampu merancang berapa besar family yang kita mahukan. Tak guna kalau anaknya ramai, pembedahan c-section berulang-ulang kali, ibu mengalami komplikasi dari pembedahan c-section untuk sepanjang hayat ibu itu. Jika doktor membenarkan lagi untuk seseorang wanita itu untuk hamil sekali lagi, selepas beberapa pembedahan c-section saya pasti beliau telah bercerita panjang lebarrrr mengenai apa yg telah saya nyatakan seperti di atas. Fikir dulu sebelum buat apa-apa statement, lebih-lebih lagi jika anda adalah public figure yang mempunyai jutaan followers. Mereka boleh salah anggap dengan membaca statement anda, dan menyebabkan doktor-doktor yang merawat pesakit pening nak menjelaskan pada pesakit. Perut isteri bukan seperti perut ikan yang boleh dibedah dan dijahit semula sebanyak 11 kali. ?

Read more
 profile icon
Write a reply
 profile icon
Write a reply