Normal ke jika kita pregnant ni keluar macam cecair/keputihan jernih tu?

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Ya, keputihan yang jernih semasa hamil adalah perkara yang normal. Biasanya, semasa mengandung, terdapat peningkatan aliran darah ke kawasan vagina dan leher rahim. Ini boleh menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran lendir atau keputihan dari faraj. Keputihan semasa hamil biasanya adalah cecair yang jernih atau sedikit berwarna keputihan, tetapi tidak berbau dan tidak menyakitkan. Ini adalah sebahagian daripada proses semulajadi badan anda mempersiapkan untuk melahirkan dan melindungi faraj daripada jangkitan. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami keputihan yang berbau, berwarna tidak normal, atau disertai dengan gatal-gatal atau sensasi terbakar, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor untuk penilaian lanjut. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

normal, as long as tak berbau dan tak gatal. kalau dh smpi level gatal, berbau and bertukar warna kuning/hijau tu maksudnya ada infection. kena refer doc. maybe suspect gbs. jgn biar sbb bhya utk baby nanti

Saya time preggy pernah camtu juga,tapi bila makin teruk dan kekuningan doktor bagi ubat masuk kat bawah tu,tapi keputihan saya tu tak berbau dan tak gatal pun.Cuma risau ada masalah kat baby nnti

normal sis. sya juga ada mcm tu. lbh² lg yg sngkut gdm mcm sya. kena kerap tukar pantyliner la. tp kalau btukar warna dn berbau kena bagtau doc cpat²..smoga d permudahkn smua urusan ya ibu²🥰

normal je tapi kalau bertukar warna, ada bau dan gatal2 kena bgtau dr takut ada GBS nnt effect baby. GDM pon salah 1 penyebab GBS juga..

Normal. Saya time pregnant je ada keputihan. Bila dah bersalin happy bethol takyah nk pakai pantyliner

normal,kalau byk atau berwarna beritahu doc

TapFluencer

Ada je ibu hamil keluar keputihan gitu