Baby Colic

Kenapa Baby saya berumur 50hari selalu colic. Dah 4kali Saya tukarkan susu Fm. Tapi still sama juga. Boleh cadangan Jenama Susu yang sesuai. Dan apa patut saya buat? Enfalec A+=Poo poo Berdarah + Colic Similac Comfort =Tak Poo Poo +Colic S26 =Poo poo Berdarah +Colic Similac Lf = Tak Poo poo +Colic

48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Harith masa 2 bulan lebih. Was High demand baby. Baby high demand dan colic perlukan sensasi di alam rahim. Dalam rahim sempit. Sebab tu baby tenang dibedungkan dengan syarat kena betul-betul ketatkan bahagian tangan. Dalam rahim sentiasa berayun. Sebab tu baby suka di ayunkan. Dalam rahim, baby duduknya tunggang terbalik. Sebab tu baby suka duduk mengiring. Dalam rahim bunyi bising. Bunyi aliran darah. Bunyi gas dalam perut. Sebab itulah baby tenang tidur dalam keadaan bising dan bunyi white noise. Saya apply 5S ( Swaddle, side, Sucking,sushhing (white noise), swing). Ilmu saya pelajari dari Baby Language Tidur wajib berbedung. Kalau tidak, dia takkan boleh tidur dan menangis. Saya lock betul-betul bahagian tangan supaya tak boleh bergerak. Kaki biar longgar. Tidurkan mengiring. Side. Tapi bila dah nyenyak perlu tidurkan rata supaya baby tak tertiarap kedepan tanpa kita sedar. Swing. Kena ayunkan dulu dia rasa macam bergerak-gerak seperti di alam rahim. Sucking. Baby rasa tenang bila menghisap. Sebab tu baby baru lahir asyik nak mengempeng je bukannya dia lapar atau susu tak cukup.. Tapi Pacifier (puting)je dia taknak. Dah beri pun dia taknak. Sebab dia nak puting ori. Bila masuk 4 bulan, baby dah hilang moro reflex. Dah betul-betul jadi manusia. Dan pandai adapt dengan suasana. Maka perlahan-lahan dan boleh ceraikan semua ni. Inilah ilmu tangis bayi. Jangan kita suka mengecam. Belajarlah dulu. Jangan suka salahkan jin, iblis, syaitan bila anak baru lahir asyik menangis siang malam tak tidur. Jangan salahkan perut baby kembung sebab baby nanges siang malam tak tidur. Kalau perut kembung, baby akan menangis kesakitan terlampau tak henti dan perutnya akan sangat keras. Dan, please apply ilmu ni untuk baby high demand dan colic. Supaya bila makin besar, baby akan hilang sifat high demand sebab baby dah dapat cukup sensasi di alam rahim semasa umur 0-4 bulan. Copy paste dari fb

Baca lagi
5y ago

Sama sama 😊

baby saya pun colic teruk start usia 20 hari. menangis je malam2 tak henti2. perut kembung dan keras. cuba enfalac a+, similac total comfort, frisolac comfort memang tak ok. skrg dah tukar bottle susu ke anti colic dan susu pakai dumex(packing baru) dulu mamex cherish. memang serasi. buang pun lawas. baby tak kembung perut. memang ok. but still sy masih bagi gripe water 2x sehari dan kadang2 bagi dentinox anti colic. yg ni hospital bagi. setiap hari urut perut bayi dgn urutan I love u dgn pakai minyak telon.

Baca lagi
4y ago

hi. sy bagi ikut sukatan dibelakang kotak gripe water tu. tapi baby sy tak boleh terima minum gripe water. dia nangis lain mcm n mcm sesak nafas. so sy stop gripe water dan ganti dgn dentinox anto colic drpp

Kalau boleh susu bdn saja.. jgn risau baby akan tetap knyang jgk.. colic semua tu cuma kta perlu lebihkan kesabaran dn rajin baca psl colic semua tu, ada colic sbb perut x selesa ada nangis colic dn mcm2 jnis colic.. jadi cara tangani tu ada pelbagai.. ada yg cara urut,ada jga yg x perlu dirisaukn sbb normal.. bukn apa,usus baby masih blum matang utk susu fm semua.. time ni la biar la kita berabis mnyusu bdn..sbb ada khasiat sbnr dari susu bdn kta.. pam susu dan simpan susu d peti sejuk kn elok..

Baca lagi
4y ago

Mungkin susu bdn xbyk sis. Kalau byk dan ckup xkn la nk bg susu fm. Dia pun mesti tau susu bdn plg elok.

VIP Member

kekadang susu mahal depends pd baby. ada yg ok ada yg tak. baby sy minum s26 tak ok sbb dia tak berak. ! then guna lactogen tahi hijau lumut + cair tp dia kuat minum ! then nan pro ni okay sbb time ni berat dia naik dan kuning drop banyak cuma mahal dan sy kurang mampu . lepas tu minum dutch baby alhamdulillah sampai sekarang,murah but ok . berak pun sekali sehari ,tahi kuning dan tak cirit!

Baca lagi

Baby Saya pun colic..da mcm2 susu juga Cuba walaupun guna anti colic bottle Enfalac - start colic mula Frisolac comfort- sembelit teruk .. still colic... My baby xnak minum Sgt. Enfalac gentlease.. sembelit & poo hijau ( colic on off) Now.. guna mamex cherish ..ok Sgt.. baby pun ceria ( selain susu.. Saya guna trub tasnem utk disapu perut & kaki).. alhamdullilah ( 3 month)

Baca lagi
VIP Member

Saya nk kongsi ank alah dgn susu lembu. Saya dh habes ikhtiar.. Sy bgi ank susu kambing rumusan bayi jnama rrayyan muslim lulus kkm.. Ank dh xsembelit, dh xde eczema dan berat badan pn naik. Sy pakai ok sy nk org lain pkai pn ok. Sy niat nk bantu bayi yg ssah nk trima susu lmbu ni.. Sy jual sy pakai Alhamdullilah moga manfaat. Bole wasap jika nk cuba 018 466 56 04

Baca lagi
Post reply image
VIP Member

cuba bg nan pro (nestle) rumusan bayi. untuk baby saya ni okay. if tak ok juga dalam seminggu g jumpa doc. munglin dia alergic pd susu lembu. ! dan pastikan susu yg dah dibuat dan diminum mesti dihabiskan dlm tempoh 2 jam. !

Sis try dutch baby,anmum atau biolac..anak sy minum susu tu..tp setiap baby berbeza..jgn putus asa..sbb usus baby x matang lg tu..sy selalu sapukan minyak baby kt perut,belakang,pelipat kaki smpai tapak..

Susu baby mom kne try n error. Mcm ank sulong sy serasi dgn similac lf. Scd baby nih, bagi susu mahal2 mcm enfalac, anmum, s26 semua sembelit last2 nak susu murah rupenya lactogen. Serasi. X colic poopoo pon senang.

VIP Member

Sis cuba Dutch Baby. Baby saya minum ok, everyday buang air besar. Semoga ok juga dengan baby sis. Jangan putus asa ok. Pasal colic tu maybe sebab puting susu. Cuba tukar botol susu yang lain.