Kemarin saya pergi klinik, scan. anggaran saya pregnant dah 9 minggu. scan sana sini, takde kantung & baby ? susah hati sangat. Klinik tu suruh saya pergi hospital untuk scan bawah pula. Sampai terus scan ikut bawah, pun tak ada. Doctor ni jumpa bulat kecik & suspek saya kandungan anggur. luluh hati ni sampai tak terkata, sepatutnya kemarin saya kena tahan ward & saya kena buang kandungan anggur tu. kali ke 5 scan, doctor pakar pulak kata mungkin saya bukan kandungan anggur, ni salah tarikh. nasib baik setiap kali saya buat UPT mesti amik gambar, check balik tarikh. 13/11 saya masih negative, UPT start positive 18/11. Doctor kata tak mungkin kandungan 2bulan tapi 13/11 tu masih negative. ni sah salah tarikh. Klinik cuma bagi anggaran sahaja, bila diukur kantung tu, kemungkinan kandungan saya baru 5 minggu. 3 hari saya tidur tak lena, lepas doctor pakar cakap macam tu. Alhamdullilah lega hati. tapi lega tu tak sepenuhnya, tersimpan sikit rasa risau. harap2 dua minggu lagi kantung saya & baby dah boleh nampak ? insyallah, serah pada Allah je ni. 2 tahun berharap, hari pertama positive, bahagia tu Allah je tahu. tak apa lah, kita hanya mampu merancang & Allah yang menentukan. Saya minta mommy2 dekat luar sana, tolong doakan saya & anak saya ye??
Nurul Hanisa